PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 3 April 2013

Rumah Undang Rembau dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat







2 Mac 2013 – Jentera Pakatan Rakyat di DUN Kota dalam Parlimen Rembau hari ini mendapat suntikan semangat baru apabila buat pertama kalinya dalam sejarah Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Legong Ulu beroperasi di rumah peninggalan Almarhum Undang Rembau yang ke 19.

Majlis perasmian Bilik Gerakan UPU Legong Ulu telah disempurnakan oleh Abang Yusuf Tapar yang merupakan Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau Sdr Rozmal Malakan, Al Fadhil Ustaz Mustafa Dolah selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan, Tn Hj Ghazali Md Som selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Seremban yang juga merupakan Penyelaras PAS DUN Kota, Sdr Izamri Med selaku Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota dan beberapa wakil pimpinan PKR pusat serta pimpinan PAS dan PKR setempat.

Buat pertama kali juga jentera pilihanraya di DUN Kota bergerak melalui Pakatan Rakyat dengan gabungan mantap antara jentera PAS dan PKR.

Menurut Abang Yusuf Tapar yang juga merupakan Pemangku Cabang PKR Rembau, selepas ini perjumpaan Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau akan mengadakan pertemuan di DUN Chembong, DUN Paroi dan DUN Rantau untuk memastikan jentera pilihanraya di semua DUN dalam Parlimen Rembau mempunyai gandingan yang mantap antara semua peringkat kaum dan umur untuk memastikan kemenangan berpihak kepada hasrat penduduk di Parlimen Rembau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan