PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 27 Mac 2016

Sdr Azmil mewakili PAS Rembau ke kursus SSDP



Sdr Azmil dari Cawangan Kota Pekan mewakili PAS Rembau ke kursus SSDP yang diadakan di pejabat PAS N.Sembilan di Ampangan pada 26 Mac 2016


LAPORAN LAJNAH PAS KAWASAN REMBAU



LAPORAN LAJNAH PAS KAWASAN REMBAU

A. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media

1. Taklimat dan Dialog Isu Semasa oleh Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu pada Ahad 13 Dis 2015 jam 9.30 malam di Markas PAS Rembau, Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau

2. Taklimat dan Dialog Isu Semasa oleh Ustaz Abdul Wahab Dawam, Ketua Lajnah Tarbiah PAS Perak di Pusat Aduan Rakyat Paroi, Taman Tasik Jaya pada Selasa 16 Februari 2016 jam 9.30 malam.

B. Lajnah Demokrasi, Mobilisasi dan Pemerkasaan Parti

1. Demonstrasi Rakyat Bantah TPPA Sabtu 23 Januari 2016 jam 2 petang di Padang Merbok, Kuala Lumpur


Khamis, 24 Mac 2016

Anugerah pelajar cemerlang SPM/STPM/STAM 2015



PAS Rembau akan menyampaikan anugerah pelajar cemerlang SPM/STPM/STAM 2015 semasa Mesyuarat Agung PAS Rembau di Senawang pada 17 April 2016 untuk pelajar dari DUN Paroi, Rantau, Chembong, Kota. Syaratnya untuk SPM minima 7A dan STPM minima 2A, manakala untuk STAM minima Jayyid Jiddan. Sila hantar keputusan penuh ke 0122267406 (Rozmal) sebelum 2 April 2016 serta maklumat di bawah ini ;
Nama pelajar:
Alamat:
Sekolah:
Keputusan penuh SPM/STPM/STAM 2015:
No tel:

Isnin, 21 Mac 2016

KULIAH PERDANA





KULIAH PERDANA
Tajuk : Golongan Yang Gugur di Jalan Dakwah (Al Mutasakituna ala Tarikid Dakwah)
Oleh : Al Fadhil Ustaz Mustafa Daharun, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Tarikh : 29 Mac 2016
Hari : Selasa
Masa : Bermula dengan solat Maghrib berjemaah (sila bawa sejadah)
Tempat : Dewan Aspirasi, No 102-1 Pusat Perniagaan Lavender Heights, Tmn Lavender Heights, Senawang (berdekatan KipMart/Hospital Salam)

Untuk pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut :
Puan Hjh Masita 0192655059
Nazri Zainal 0112057 8408

Anjuran : Dewan Ulamak PAS N.Sembilan & PAS Kawasan Rembau

Ahad, 20 Mac 2016

Program Edaran Makanan kepada gelandangan



Program Edaran Makanan kepada gelandangan di persekitaran Pejabat Agung PAS Pusat di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 22 April 2016 jam 5.30 petang. Kos makanan untuk seorang ialah RM5. Sasaran sumbangan minima untuk 200 orang gelandangan. Mereka yang ingin menyumbang untuk program ini sila hubungi, Rozmal 0122267406, Izamri 0136894223, Pn Rusilah 0193572101. Anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS N.Sembilan


Sekitar kuliah Ustaz Mohd Fuad Othman



Sekitar kuliah Ustaz Mohd Fuad Othman di Surau Kg Chenong, Chengkau pada 19 Mac 2016