PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 30 Jun 2016

Ziarah Kasih Ramadan 28 Jun 2016



Ziarah Kasih Ramadan kali ini iaitu pada hari Selasa 28 Jun 2016 sekitar Rembau, tim yang diketuai oleh Tn Hj Ishak Omar serta Tn Hj Idris telah mengunjugi serta menyampaikan sumbangan kepada Puan N Zanorisma bt Ariffin di Kg Jawa, Kota, merupakan seorang ibu tunggal warga Indonesia serta mempunyai 2 orang anak yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kota. Beliau bekerja sebagai pembantu kedai dengan upah sebanyak RM30 sehari. Menurutnya, beliau tidak menerima bantuan dari JKM atau Baitulmal. Suaminya meninggal bulan Disember tahun 2015. Beliau mengatakan anaknya mempunyai Sijil Kelahiran. Kami akan menentukan status kewarganegaraan anaknya untuk menentukan samada anak-anaknya layak mendapat bantuan JKM serta Baitulmal


Isnin, 27 Jun 2016

Sekitar Majlis Berbuka Puasa PAS di DUN Chembong



Sekitar Majlis Berbuka Puasa PAS di DUN Chembong pada Sabtu 25 Jun 2016 di Markas PAS DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau.


Ahad, 26 Jun 2016

Ziarah Kasih Ramadan Ahad 26 Jun 2016



Ziarah Kasih Ramadan sekitar Rembau pada Ahad 26 Jun 2016 yang diketuai oleh Tn Hj Ishak Omar telah menyantuni Pakcik Mohd Yassin bin Landang, 72 tahun, disambut dengan linangan air mata. Pakcik Yassin menumpang tinggal dalam kontena milik taukeh Cina kelapa sawit di Kg Sg Radin, Linggi, N.Sembilan. Isteri beliau telah meninggal dunia pada tahun 2008. Pakcik Radin tidak mempunyai anak kandung. Semasa muda beliau bekerja sebagai pemetik buat sawit. Beliau menerima bantuan bulanan JKM.




Program edaran Sumbangan Ramadan di Flat Seroja dan Kasturi, Taman Tasik Jaya



Program edaran Sumbangan Ramadan kepada keluarga miskin, ibu tunggal, anak yatim di Flat Seroja dan Kasturi, Taman Tasik Jaya pada Ahad 26 Jun 2016 disampaikan oleh Tn Hj Mohamad Hassan Tamby, Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau


Program edaran Sumbangan Ramadan di PPR Seri Perdana, Paroi



Program edaran Sumbangan Ramadan kepada keluarga miskin, ibu tunggal, anak yatim di PPR Seri Perdana, Paroi pada Ahad 26 Jun 2016 disampaikan oleh Tn Hj Mohamad Hassan Tamby, Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau


Edaran apron kepada para peniaga Bazar Ramadan pekan Kota



Sekitar edaran apron bertemakan "NEGARA BERKEBAJIKAN - SUCI JIWA DAN HARTA" kepada para peniaga Bazar Ramadan pekan Kota pada Ahad 26 Jun 2016 oleh Hj Ishak Omar, Azmil serta AJK PAS Cawangan Pekan Kota