PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 30 April 2014

Warga emas ditumbuk penyamun di Rembau


1 Mei 2014 – Seorang tukang masak berhadapan dengan detik mencemaskan apabila diterkam dua penyamun bertopeng dan ditumbuk di bahagian mata kanannya di pos pengawal sebuah kilang di Kota, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Rosidah Ali, 56, cuba mempertahankan beg berisi wang syarikat sebanyak RM3,000 dan wangnya sebanyak RM2,000 yang disandang di bahagian depan badannya.

Menurutnya, pengalaman diserang penyamun berkenaan baru pertama kali dihadapinya sepanjang 21 tahun dia bekerja di kilang berkenaan dan menjalani rutin setiap minggu menunggu pemandu lori untuk ke pasar borong di Melaka.

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ


CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaigu, Pengerusi Darussyifa N.Sembilan
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau
Tarikh : 17 Mei 2014, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

USRAH MTD KOTA

USRAH MTD KOTA
Sabtu 3 Mei 2014, jam 7.30 mlm
Di Kg Sawah Raja, Rembau
Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Sabtu, 26 April 2014

Kilang getah di Kota kena samun


27 April 2014

Rembau: Lapan lelaki mengikat dua pengawal keselamatan sebuah kilang getah di Kota, di sini, sebelum memecahkan peti besi dan melarikan wang tunai RM10,000 milik kilang berkenaan.

Dalam kejadian jam 1 pagi, dua pengawal keselamatan berusia 40-an yang bertugas di pondok keselamatan di pintu masuk utama kilang berkenaan didatangi lapan penjenayah, termasuk dua bersenjatakan parang serta besi.

Menurut sumber, kejadian itu kali kedua menimpa kilang berkenaan selepas kejadian pertama 15 tahun lalu.

Isnin, 21 April 2014

Kupon Derma Surau Sekolah Menengah Agama Rembau




Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembesaran Surau Sekolah Menengah Agama Rembau yang terletak di pekan Rembau bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian tel 06-6852404 atau faks 06-6853670 .

Atau boleh mengambil kupon derma melalui Tn Hj Rozmal hanya RM5 untuk satu kupon dengan menghubungi Tn Hj Rozmal di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau PM di www.facebook.com/Rozmal

Rabu, 16 April 2014

KULIAH MAGHRIB Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman




KULIAH MAGHRIB
Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu 19 April 2014
Selepas solat Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Ahad, 13 April 2014

Warga emas di Rembau tagih janji sebelum PRU13 lalu




14 April 2014 ,REMBAU - Seorang warga emas memohon pihak berkaitan untuk mempercepatkan proses membaik pulih kediaman pusaka yang didudukinya sejak lahir lagi di Kampung Legung Ulu, dekat sini, semalam.

Warga emas berkenaan, Saimah Namid, 78, berkata, dia berasa sangat bimbang apabila terdapat atap zink yang melopong di bahagian atas rumah berhampiran suis utama elektrik.

“Bagaimanapun, sebelum PRU13 yang lalu, kami dikunjungi oleh pemimpin setempat yang melihat keadaan rumah kami yang uzur dan menyatakan kediaman ini boleh diusulkan untuk proses baik pulih rumah.

“Jika sebelum ini kami memang berharap kediaman dapat dibaik pulih, namun tidak mempunyai modal yang besar untuk tujuan berkenaan. Oleh itu, bila ada pihak yang memberikan harapan kami menanti hinggalah hampir setahun ini,” katanya ketika ditemui di kediaman berkenaan, dekat sini, semalam.

- SINAR

Khamis, 3 April 2014

USRAH MTD KOTA



USRAH MTD KOTA
Sabtu 5 April 2014, jam 8.15 mlm
Di Kg Penajeh, Rembau
Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230