PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 27 Oktober 2016

Banyak kali hampir kemalangan



‘Banyak kali hampir kemalangan’
28 Oktober 2016


REMBAU - Rata-rata penduduk dan pengguna jalan utama Seremban-Tampin di Pekan Chengkau memohon agar Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan membuka semula kon penghadang jalan dekat persimpangan masuk ke Astana Raja, kerana ia menyebabkan jalan menjadi sempit, seterusnya boleh berlaku kemalangan.

Seorang penduduk yang ditemui, Nur Azura Nordin, 32, berkata, kon penghadang jalan itu baru diletakkan kira-kira tiga hari lalu, namun, banyak penduduk yang nyaris dirempuh kenderaan dari arah Rembau memandangkan laluan dua lorong bertukar menjadi satu lorong.

“Akak sendiri semalam nyaris dirempuh dari belakang oleh sebuah lori tangki yang tidak menyedari laluan berkenaan sudah diletakkan kon. Mujur tidak dirempuhnya dan akak amat berharap JKR dapat pertimbangkan kembali langkah meletakkan kon ini.

“Langkah ini mungkin diambil bagi mengurangkan kemalangan di persimpangan ini, namun, kon ini di laluan paling laju juga bahaya dan boleh mengundang kemalangan,” katanya ditemui di Pekan Chengkau, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Fauziah Mustapa, 43, berkata, laluan menunggu untuk masuk ke persimpangan juga kecil iaitu hanya boleh memuatkan kira-kira tiga kenderaan.

“Tak dapat dibayangkan jika banyak kereta ingin masuk ke simpang dalam satu-satu masa mereka mungkin terpaksa lalu jalan jauh memandangkan kon penghadang itu menghalang kenderaan berhenti masuk ke persimpangan,” katanya.

Penduduk, Abidin Abd Manap, 48, berkata, bagi individu yang tidak biasa melalui jalan berkenaan mereka akan membuat brek mengejut dan tiada pilihan selain melanggar kon penghadang jalan itu atau masuk ke laluan di sebelah kiri.

“Jika ada kenderaan lain itu yang kita risaukan berlaku kemalangan atau kehilangan nyawa.  Ini kerana laluan dari arah Rembau menuruni bukit dan kenderaan cenderung laju.

“Malah, kedudukan kon ini juga menyebabkan jalan menjadi sempit lebih-lebih lagi terdapat dua persimpangan dalam jarak 10 meter. Kita harap JKR mengkaji semula kedudukan kon ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lada, Abd Latip Alias berkata, dia ada menerima aduan daripada penduduk dan akan mengetengahkan masalah itu kepada JKR.

“Lokasi itu sebelum ini memang kerap berlaku kemalangan dan kita harap JKR dapat melebarkan jalan dari arah Rembau memandangkan terdapat dua persimpangan berdekatan sehingga menyebabkan jalan sempit sekiranya kenderaan ingin masuk ke persimpangan," katanya,

Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada JKR Rembau, namun tidak berhasil.

Ahad, 23 Oktober 2016

Umno siap sedia pertahan Dun Paroi



Umno siap sedia pertahan Dun Paroi
23 Oktober 2016

SEREMBAN - Sebagai persiapan menghadapi PRU14, seluruh jentera Umno di kawasan Dun Paroi sedang giat meningkatkan pendaftaran pengundi baharu, khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Adun Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid berkata, selain Umno, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ahli jawatankuasa masjid dan surau serta persatuan penduduk turut dikerah berbuat demikian bagi mengenal pasti mereka yang masih belum berdaftar sebagai pemilih.

“Dalam tempoh 15 hari kita telah dapat daftar pengundi baru seramai 686 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pengundi muda.

Rabu, 19 Oktober 2016

BESTOP - BEli Sambil TOlong Parti



BESTOP - BEli Sambil TOlong Parti


Pengumpulan Pakaian Seragam, Beg, Kasut, Perlatan Sekolah



Pengumpulan Pakaian Seragam, Beg, Kasut, Perlatan Sekolah

Pihak kami sedang mengumpul pakaian seragam, beg, tudung putih, songkok hitam, kasut, peralatan sekolah menengah/rendah samada yang baru atau pun yang terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih untuk diagihkan kepada pelajar miskin untuk sesi persekolahan 2017 nanti. Kepada mereka yang ingin memberi sumbangan pakaian seragam, beg, tudung putih, songkok hitam, kasut, peralatan sekolah menengah/rendah samada yang baru atau pun yang terpakai yang masih dalam keadaan baik serta bersih sila hubungi Pn Masita 0192655059 atau Pn Rusilah 0193572101  atau boleh hantar terus ke No 93, Jalan TTJ 3/9, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sg Gadut, Negeri Sembilan


Ahad, 16 Oktober 2016

Dapatkan Kopi & Koko K-Ummah



Dapatkan Kopi & Koko K-Ummah keluaran Lajnah Ekonomi PAS. Cuma RM25 tiap kotak mengandungi 15sachet x 25gm. Untuk pembelian di Rembau, Paroi, Senawang hubungi Pn Masita 0192655059 , Tn Hj Syed Suhaimi 0192650805 . BESTOP - BEli Sambil TOlong Parti


Ramai yang kurang arif prosedur mohon bantuan


Rabu, 5 Oktober 2016