PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 31 Oktober 2015

Rayuan Dana Bantu Pelajar Miskin 2016

Rayuan Dana Bantu Pelajar Miskin 2016

PAS Kawasan Rembau mensasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 500 orang pelajar miskin untuk sesi persekolahan yang akan dibuka pada Januari 2016 nanti. Pelajar-pelajar ini nanti akan diberi barangan peralatan sekolah mengikut keperluan yang pelajar samada baju sekolah, alatulis atau kasut dengan anggaran RM50 setiap orang pelajar.

Sasaran kutipan menjelang 15 Disember 2015 ialah sebanyak RM25,000.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam, PAS Kawasan Rembau, No akaun 05012010073347. Sila whatsapp atau sms ke 0122267406 selepas sumbangan dimasukkan ke dalam akaun.

Sumbangan baju sekolah terpakai, kasut sekolah terpakai, beg sekolah terpakai yang masih dalam keadaan yang baik, bersih, tidak lusuh atau koyak adalah dialu-alukan.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi ;
Hj Rozmal Malakan 0122267406
Pn Hjh Masita 0192655059

Sekitar Jamuan Minum Petang

Sekitar Jamuan Minum Petang dan Ramah Mesra PAS Rembau di Markas PAS DUN Chembong pada 31 Okt 2015






Selasa, 27 Oktober 2015

Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai



Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai

Sebagai persiapan untuk membantu para pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk kembali ke sesi persekolahan baru tahun 2016, pihak kami menerima sumbangan baju sekolah terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih.

Mereka yang ingin memberi sumbangan baju sekolah terpakai untuk pelajar lelaki atau perempuan, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila pastikan pakaian tersebut dalam keadaan baik, tidak lusuh serta bersih dan dilipat kemas.

Kami juga mengalu-alukan alatulis terpakai yang masih elok seperti pen, pensil, alat geometri serta bekas alatulis dan sebagainya.

Barangan yang dikumpulkan ini akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan pada penghujung Disember 2015.

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Sumbangan juga boleh dihantar atau diposkan ke :

TERATAK AMAL
Lot 1370, Kg Sg Layang
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U.P. : Rozmal bin Malakan)


Ahad, 25 Oktober 2015

Kuliah Ustaz Mohd Fuad Othman

Kuliah Ustaz Mohd Fuad Othman, Sabtu 31 Okt selepas Maghrib di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau. Jemput semua hadir


Khamis, 22 Oktober 2015

DIREKTORI USAHAWAN MUSLIM WAGHIH



DIREKTORI USAHAWAN MUSLIM WAGHIH

Nama:
Jenis perniagaan:
Tel:
Lokasi:
Barangan/perkhidmatan ditawarkan:
1.
2.
3.
...

Hantar kepada Afiq:
Whatsapp: 0183959832
Tel/sms: 0136341253

Dikendalikan oleh Pemuda PAS Rembau

Rabu, 21 Oktober 2015

KULIAH AGAMA





KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Khairunnizam bin Mohd Noor, Mudir Sekolah Tahfiz al-Gontory, Rembau
Tarikh : 24 Okt 2015
Hari : Sabtu
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Kg Perigi Batu, Penajih, Rembau

Semua dijemput hadir

Jumaat, 16 Oktober 2015

Sekitar Ceramah Maal Hijrah



Di Masjid Lama Batu Hampar, Rembau oleh Ustaz Mustafa Daharun. Kehadiran amat menggalakkan sekitar 60 orang.





Rabu, 7 Oktober 2015

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH




CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH
Penceramah : Ustaz Haji Mustafa Daharun
Tarikh : 14 Okt 2015, Rabu
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Lama Batu Hampar (belakang Sekolah Rendah Keb. Undang Rembau)

Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir