PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 3 April 2013

Pengundi luar penentu kemenangan PAS, PKR di Rembau




DUN Kota dalam Parlimen Rembau mempunyai hampir 13,000 pengundi dengan sekitar 90 peratus pengundinya adalah orang Melayu. Pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 calon PAS di DUN Kota telah tewas dengan majoriti undi diperolehi calon Umno sebanyak hampir 4000 undi.

Semakan terkini daftar pengundi mendapati hampir 2800 pengundi di DUN Kota adalah merupakan pengundi luar, iaitu mereka yang menetap di luar Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau berharap agar semua pengundi luar bukan sahaja di DUN Kota , bahkan di semua DUN dalam parlimen Rembau iaitu di DUN Chembong, Rantau dan Paroi agar dapat pulang ke Rembau untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat pada tahun 2013 ini.

Setiap undi adalah penting. Siapa tahu, mungkin undi kita bersama pasangan kita menjadi penentu kemenangan PAS serta PKR di Parlimen Rembau dan DUN Kota, Chembong, Rantau dan Paroi.

Selamat pulang anak Rembau di perantauan. Selamat mengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan