PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 13 April 2013

PAS DUN Kota catat sejarah di tempat pertabalan Raja Melewar








Rembau 13 Apr 2013 – PAS DUN Kota hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia Bilik Gerakan UPU Kg Penajuh (Penajis) berjaya ditubuhkan dan mendapat sambutan yang luar biasa oleh penduduk setempat dalam majlis makan lemang dan pengenalan calon PAS DUN Kota sebentar tadi.

Menurut Tn Hj Abdul Rahman selaku pengerusi majlis yang juga merupakan veteran PAS di DUN Kota, inilah pertama kali dalam sejarah pilihanraya Bilik Gerakan PAS serta Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di sini. Kg Penajuh (Penajis) adalah merupakan tempat yang penuh bersejarah di Negeri Sembilan kerana ianya adalah tempat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu Raja Melewar.

Menurut Sdr Izamri selaku Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota, inilah pertama kali dalam sejarah pilihanraya beberapa Bilik Gerakan telah berjaya ditubuhkan antaranya di Legong Ulu, Kendong, Selemak dan Titian Bintangir yang mempunyai pengundi yang ramai.

Selain calon PAS DUN Kota , Hj Ghazali Mohd Shom yang hadir dalam majlis tersebut , turut hadir ialah Ustaz Mustafa Dolah selaku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan, Rozmal Malakan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Hakki Bawadi selaku Ketua Pemuda PAS Rembau dan Puan Maznah Talib selaku AJK Muslimat PAS Rembau.

Antara yang isi ceramah yang menarik perhatian penduduk setempat ialah isu pampasan tanah pelebaran jalan Chengkau-Penajuh (Penajis) di mana penduduk hanya diberi pampasan RM1.20 sekaki persegi, yang adalah amat tidak munasabah iaitu lebih kurang RM52,000 seekar.

Apa yang mengejutkan dalam program pada malam ini ialah ianya turut dihadiri oleh ramai golongan wanita tempatan yang jarang kelihatan di program-program lain sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan