PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 28 April 2013

Kehadiran Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan di ceramah DUN Kota mengejutkan







Rembau 28 Apr 2013 – Kehadiran secara terbuka seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang begitu dihormati dan disegani di kalangan ahli Majlis Fatwa yang lain dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kg Nerasau, Kota amat mengejutkan bukan sahaja para hadirin malahan calon PKR Parlimen Rembau. Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Dato adalah merupakan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan bersama dan beramah mesra dengan calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Bukan setakat kehadiran ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat mengejutkan para hadiri, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan Rakyat berjaya diadakah di kampung ini.

Antara yang hadir dalam majlis malam tadi ialah Hj Radzali A Ghani (calon PKR Parlimen Rembau), Hj Ghazali Mohd Shom (calon PAS DUN Kota), Puan Zarina (Naib Ketua Muslimat PAS Puchong), Al Fadil Ustaz Mustafa Dolah (Naib Ketua Dewan Ulamak N.Sembilan), Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau), Azhar Ibrahim (bekas calon PAS DUN Kota PRU12), Puan Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau) dan Hakki Bawadi (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan PKR selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu. Berita dan gambar kehadiran pendakwah yang terkenal tersebut sebelum ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/pendakwah-terkenal-pada-hari-penamaan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan