PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 7 April 2013

Blogger anti Pakatan Rakyat bantu promosi PAS DUN Kota


Terima kasih diucapkan kepada blogger anti Pakatan Rakyat tauke-ikan.blogspot.com yang secara tidak langsung telah mempromosi laman web PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) berkenaan kesungguhan PAS DUN Kota memperjuangkan isu tanah adat perpatih.

Sedikit salah faham tulisan blogger Tauke Ikan yang menulis “Seandainya tanah-tanah adat ini dikomersialkan untuk dijadikan taman perumahan, maka sudah hilanglah satu tanah kepunyaan orang Melayu untuk dikongsikan kepada bangsa lain.”.

Diharapkan para pembaca, khususnya anak Rembau dapat membaca kembali artikel asal di Laman Web PAS DUN Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/perumahan-untuk-rakyat-di-dun-kota.html yang secara jelas membangkitkan isu berikut ;

1. Pampasan tanah adat oleh kerajaan yang terlalu rendah jika dibandingkan dengan tanah hospital Rembau, iaitu sekitar RM50,000 seekar untuk tanah adat, sedangkan untuk hospital Rembau hampir RM1 juta seekar.

2. Tanah adat yang terbiar ini, dibangunkan sebagai kampung tersusun atau perumahan rakyat yang hanya boleh dibeli oleh pemilik asal tanah adat tersebut, waris-waris mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan seterusnya untuk anak tempatan (anak Rembau) di DUN Kota termasuk mereka yang bersemenda.

3. Rumah yang semakin mahal di Rembau, yang menyukarkan anak tempatan untuk membeli, rumah teres 1 tingkat kini berharga hampir RM150,000 di Kundur, Rembau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan