PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 6 April 2013

Lebih banyak Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di DUN Kota diaktifkan





Rembau 6 April 2013 – DUN Kota dalam Parlimen Rembau adalah antara DUN di Negeri Sembilan yang mempunyai paling banyak tempat mengundi atau UPU (Unit Peti Undi). Sebanyak 15 UPU terdapat di DUN Kota iaitu Titian Bintangor, Kota, Selemak, Kg Kendong, Astana Raja, Kg Batu, Pekan Cengkau, Kg Bongek, Kg Pulau Mampat, Kg Penajis, Semerbok, Kg Gadong, Legong Ulu, Kg Chengkau Ulu dan Kg Sawah Raja.

Ianya adalah merupakan satu tugasan yang sukar untuk jentera pilihanraya Pakatan Rakyat di DUN Kota untuk mempastikan semua Bilik Gerakan di 15 UPU ini aktif.

Walaubagaimana pun kehangatan PRU 13 telah merancakkan lagi semangat juang para petugas di DUN ini. Pada hari ini , dua Bilik Gerakan yang amat penting di DUN ini dengan pengundi yang hampir 2000 orang di setiap UPU telah berjaya diaktifkan berhampiran dengan pusat mengundi iaitu di Kg Kendong dan Kg Selemak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kota di Kendong dan Sekolah Kebangsaan Salak Nama di Selemak.

Turut hadir dalam gotong royong di UPU Kg Kendong ialah Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras PAS DUN Kota), Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau) dan Izamri Med (Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota).

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/07/2013

    Disamping kerja kuat jangan lupa memohon pertulongan Allah

    BalasPadam