24 Apr 2013 - Walaupun PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan
DUN Kota sebagai sasaran utama untuk memenangi kerusi DUN tersebut dalam PRU ke
13 , namun laman sesawang PAS DUN Kota yang dilancarkan pada 3 April 2013 yang
lalu, terus mendapat sambutan para pelayar internet dari seluruh dunia dengan
jumlah capaian melebihi 8,000 pengunjung.
Jika sebelum ini laman ini dilayari oleh pelayar internet
dari Malaysia, Amerika Syarikat, Rusia, Singapura, United Kingdom, Jerman, Arab
Saudi, Brunei, Korea dan Jordan, kini ianya turut dilayari mereka dari Mesir dan
Oman.
Laman web PAS DUN Kota, tiada isu-isu yang panas atau
isu-isu sensasi, ianya hanya memaparkan isu-isu setempat yang diketengahkan
oleh calon PAS DUN Kota iaitu Hj Ghazali Mohd Shom.
Teruskan memberi sokongan dengan mendapatkan berita-berita
terkini PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) di http://pas-n28-kota.blogspot.com
pandai ckp 8000 tapi apa je org tnya x jwb, kna dgr ckp korang jelah. cuba jelaskn sikit2 isu yg org tnya.
BalasPadam