PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 27 September 2017

Menghargai perjuangan veteran PAS Negeri Sembilan



Menghargai perjuangan veteran PAS Negeri Sembilan

27 September 2017 - Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tn Hj Mohammad Hassan bin Tamby serta Pengarah JPRD DUN Kota, Tn Hj Ishak bin Hj Omar serta beberapa AJK lain telah mengadakan sesi berbual mesra dan bertanya khabar pejuang veteran PAS di Rembau.

Antara yang diziarahi ialah:

Tuan Hj Ahmad bin Ariffin, bekas Pengurus Pasti Al Amin, Pulau Mampat. Aktif bergerak bersama PAS di DUN Kota. Kini menggunakan kerusi roda kerana diserang angin ahmar sejak beberapa ketika. Tinggal di Kg Perigi Batu, Penajih.

Abdul Rahman b Mat Sohor. Pengerusi Tetap PAS Cawangan Astana Raja. Aktif bersama PAS sejak muda hingga kini. Tinggal di Kg Penajih.

Tuan Baharuddin bin Ali menetap di Astana Raja. Pernah menjadi calon PAS DUN Kota dalam Parlimen Tampin waktu itu. Beliau ada angin ahmar dan bergerak menggunakan kerusi roda.

Tuan Hj Samsudin b Dewa pernah tiga kali menjadi calun PAS DUN Kota ketika dalam Parlimen Tampin. Beliau diserang angin ahmar baru-baru ini. Tinggal di Kg Semerbok.

Tuan Hj Hasim bin Jonet. Veteran PAS Kota. Beliau tinggal di Kg Legong Ulu.











Sumbangan untuk keluarga yang kesempitan hidup

Sumbangan untuk keluarga yang kesempitan hidup

27 September 2017 - Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban, Tn Hj Zakaria Sheikh Othman serta beberapa AJK lain telah menyampaikan sumbangan bantuan kepada keluarga Encik Iskandar Zulkarnain yang menyewa di atas bangunan kedai Ampangan.

Isterinya menghidap kencing manis kronik dan satu buah pinggang telah pun dibuang.

Beliau telah mengambil borang Baitulmal untuk bantuan belian jarum suntikan dan keperluan lain.

Bil elektrik yang tertunggak lebih RM100 PAS DUN Ampangan akan uruskan pembayarannya.

Anak mereka yang diploma baru habis belajar, tinggal anak yang sedang ambil ijazah. 2 orang anak berada di tingkatan 4 dan 5.

Beliau baru sahaja ditamatkan perkhidmatan sebagai pengawal keselamatan.






Ahad, 24 September 2017

Mampukah PAS mentadbir Negeri Sembilan?



Mampukah PAS mentadbir Negeri Sembilan?

Program gerak gempur jentera pilihanraya PAS Negeri Sembilan pada 23 dan 24 September 2017 di Seremban.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM








Menyantuni masyarakat India



Menyantuni masyarakat India
22 September 2017

Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tuan Hj Mohamad Hassan bin Tamby telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan bantuan kepada masyarakat India di Taman Desa Dahlia, Senawang. Ada di kalangan ahli keluarga mereka yang menghidap pelbagai penyakit kronik dan bergantung hidup kepada anak-anak yang menjaga.





Sekitar program minum petang dan dialog rakyat

Sekitar program minum petang dan dialog rakyat pada 23 September 2017 di Markas PAS DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau.