PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Jumaat, 28 Ogos 2015

MB urged to investigate council’s ‘oversight’ in Taman Desa Duranta affair



MB urged to investigate council’s ‘oversight’ in Taman Desa Duranta affair
26 August 2015


Rembau PAS chief Mohamad Hassan Tamby today urged the Negri Sembilan menteri besar to take a serious view of the landowner’s eviction of house buyers in Taman Desa Duranta, near Senawang.

Hassan said while housing developers had been known to vanish after taking deposits from house buyers, the Taman Desa Duranta case was quite different.

“The house buyers are being evicted from the land by the owner.

"The question is, how did the housing project gain the Seremban Municipal Council (MPS)’s approval?

"It is known that a housing project must be approved by various government departments, especially the council and land office. And if the buyers are government staff, the housing loans are managed by the loan unit in Putrajaya.

"How could MPS and the Land Office have failed to be aware that there was a conflict in the names of the landowner?” he said.

“It is logical to assume that things like the name of the owner of the land for the project would be carefully checked by the MPS and the Land Office before they issue their approval.

“Every housing and commercial project is subject to either the  assessment rate or land tax.

“How something like this can happen is a mystery. The result of it is quite clear, however – which is that the house buyers are the victims.”

Hassan urged the menteri besar to investigate the matter to check for  weaknesses in the state and local authorities’ system that had allowed such an oversight.

Hassan, who is on the state PAS committee, also urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate for corruption in the project approval process.

"I suggest that the menteri besar set up a committee of inquiry as soon as possible, chaired by himself as the matter comes under his portfolio.

"I also advise the Taman Desa Duranta home buyers to report the problem to the MACC for investigation into whether there was corruption in the approval process of the housing estate.

Hassan said some of the house buyers had lodged complaints via  Negeri Sembilan PAS’s Public Complaint Centre on Facebook.

“However, we did not issue a statement at the time as the case was still being heard in court,’ he said. – August 26, 2015.


PAS Selangor tidak akan serah kerusi kepada GHB



PAS Selangor tidak akan serah kerusi kepada GHB
24 Ogos 2015.

SHAH ALAM : PAS Selangor menegaskan tidak akan menyerahkan sebarang kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pernah ditandinginya kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha, Mohd Khairuddin Othman sebaliknya, menasihatkan parti serpihan itu supaya bertanding di mana-mana kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS.

Bagaimanapun, sekiranya GHB masih berhasrat untuk bertanding maka akan berlaku pertermbungan tiga penjuru dengan PAS, yang akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Selasa, 25 Ogos 2015

JOM KE KULIAH MAGHRIB



JOM KE KULIAH MAGHRIB
Disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof pada bulan September 2015 sekitar Rembau

Selasa 1 Sep di Madrasah Tn Hj Ibrahim, Bongek
Rabu 2 Sep di Masjid. Bt 17(lama)
Jumaat 4 Sep di Surau Senama Hulu
Sabtu 5 Sep di Masjid Pancang
Ahad 6 Sep di Surau Sg Batu Pedas
Selasa 8 Sep di Madrasah Tn Hj Ibrahim, Bongek
Jumaat 11 Sep di Surau Bt Nunggul
Selasa 15 Sep di Madrasah Hj Ibrahim, Bongek
Jumaat 18 Sep di Surau Senama Hulu
Ahad 20 Sep di Surau Pedas Perdana
Isnin 21 Sep di Masjid Senama
Selasa 22 Sep di Senama Tengah

Ahad, 23 Ogos 2015

PAS DUN Kota hargai jasa veteran



PAS DUN Kota hargai jasa veteran

Bongek 23 Ogos 2015 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan , Pemuda PAS DUN Kota bersama Jabatan Amal Rembau telah mengadakan program ziarah veteran PAS iaitu Tn Hj Harun di kediaman beliau di Kg Fajar Harapan, Bongek.

Tn Hj Harun adalah merupakan juga seorang bekas tentera berpangkat Staf Sarjan. Beliau berpesan kepada pemuda PAS agar banyak bersabar dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan ini. Banyak pengalaman pahit manis beliau di kongsi bersama dalam perjumpaan tersebut.

Program ziarah veteran ini diketuai oleh Sdr Arabi yang merupakan pengarah program tersebut. Turut hadir dalam program ziarah ini ialah Sdr Izamri Med (Komandan Jabatan Amal Rembau), Hj Ishak Omar (Pengarah PAS DUN Kota) dan Hj Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau).


Sesi minum petang dengan anak muda



Sesi minum petang dengan anak muda di Kg Batu, Rembau pada 23 Ogos 2015


Jumaat, 21 Ogos 2015

PROGRAM ZIARAH UKHUWWAH PEMUDA PENYAYANG

PROGRAM ZIARAH UKHUWWAH PEMUDA PENYAYANG

Mengenang Jasa Veteran PAS N.Sembilan sempena bulan Kemerdekaan

Tarikh : 23 Ogos 2015, Ahad
Masa : 5.30 petang
Tempat : Kg Fajar Harapan, Bongek

Info lanjut hubungi Pengarah Program Akh Arabi 0196707107

Anjuran : Pemuda PAS DUN Kota & Jabatan Amal Rembau

Selasa, 18 Ogos 2015

Penjenayah arah ikat ibu, bapa



Penjenayah arah ikat ibu, bapa
18 Ogos 2015


Rembau: “Saya hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Pada masa sama, ibu menggigil ketakutan dan trauma,” kata Norain Mazlan, 31, menceritakan mengenai rumah yang didiami mereka sekeluarga dipecah masuk tiga penjenayah di Kampung Chenong, Chengkau, di sini semalam.

Kejadian berlaku jam 5 pagi apabila ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan parang dan bertopeng itu memecah masuk rumah yang didiami lima sekeluarga sebelum mengikat dan mengurung mereka dalam sebuah bilik.

Menceritakan kejadian itu, Norain berkata, ketika itu dia tidur dalam bilik bersama suaminya, Misran Adil, 31, dan anak perempuan mereka, Nor Aisyah, 1, sebelum menyedari lampu bilik terbuka.

“Saya terjaga dan melihat dua lelaki bertopeng mengacu parang ke arah kami tiga beranak. Dua daripada mereka (penjenayah) mengarahkan kami supaya senyap jika tidak mahu dicederakan.

“Selepas itu, seorang lagi penjenayah menyuruh saya keluar dan mengarahkan saya mengetuk bilik ibu bapa yang ketika itu berkunci. Sebelum itu, mereka mengikat suami dan anak menggunakan dawai serta menyumbat mulut dengan kain.