PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 23 Ogos 2015

PAS DUN Kota hargai jasa veteran



PAS DUN Kota hargai jasa veteran

Bongek 23 Ogos 2015 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan , Pemuda PAS DUN Kota bersama Jabatan Amal Rembau telah mengadakan program ziarah veteran PAS iaitu Tn Hj Harun di kediaman beliau di Kg Fajar Harapan, Bongek.

Tn Hj Harun adalah merupakan juga seorang bekas tentera berpangkat Staf Sarjan. Beliau berpesan kepada pemuda PAS agar banyak bersabar dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan ini. Banyak pengalaman pahit manis beliau di kongsi bersama dalam perjumpaan tersebut.

Program ziarah veteran ini diketuai oleh Sdr Arabi yang merupakan pengarah program tersebut. Turut hadir dalam program ziarah ini ialah Sdr Izamri Med (Komandan Jabatan Amal Rembau), Hj Ishak Omar (Pengarah PAS DUN Kota) dan Hj Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan