PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 10 Ogos 2015

Pas bantu pesakit angin ahmar




Pas bantu pesakit angin ahmar
9 Ogos 2015

SEREMBAN - Seorang warga emas yang menghidap penyakit angin ahmar di Flat Casuarina, Paroi, di sini, mendapat perhatian Pas Rembau dan Tabung Kemiskinan Harakah.

Husin Che Man, 84, lumpuh separuh badan sejak tiga puluh tahun lalu dijaga isterinya, Nawiah Abdullah, 76, dan lima orang anaknya.

Rombongan Pas Rembau diketuai Yang Dipertua Pas Rembau, Mohamad Hassan Tamby dan Pas Dun Paroi menyampaikan sumbangan kepada Husin di rumahnya, kelmarin.

Mohamad Hassan berkata, Pas prihatin terhadap warga emas yang terlantar itu  dan mengambil kesempatan mengumpul dana bagi membantunya.

"Pas bersama Harakah berusaha mencari dana untuk membantu pakcik Husin. Walaupun sumbangan kita sedikit, kita berharap dapat meringankan bebannya sekeluarga.

"Pas sentiasa turun padang mencari golongan memerlukan bagi membantu mereka dari segi wang dan juga sumbangan lain," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai supaya menyalurkan maklumat sekiranya terdapat golongan memerlukan agar mereka dapat dibantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan