PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 30 April 2013

Pemuda Umno serbu markas PAS DUN Kota


Rembau 30 Apr 2013 – Tatkala AJK PAS DUN Kota selesai bermesyuarat di Markas PAS DUN Kota malam tadi, tiba-tiba datang beberapa orang pemuda yang muka mereka tidak pernah dikenali sebelum ini. Mereka ini datang selepas menghadiri ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Chembong.

Ada bersama mereka ialah Ketua Bilik Gerakan PAS dari sebuah kampung , berjiran dengan kampung Khairy Jamaluddin di Gadong. Lalu diberitahu bahawa mereka ini adalah merupakan pemuda-pemuda Umno di kampung berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah merupakan Ketua Penerangan Umno cawangan kampung berkenaan.

Agak terkejut juga barisan AJK PAS DUN Kota dengan perkembangan terbaru ini, yang tidak pernah terfikir, pemuda-pemuda Umno, lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran dengan kampung Khairy Jamaluddin sanggup bersama PAS dan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Pendekatan kempen PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 kali ini di DUN Kota adalah amat berbeza sekali dengan yang sudah-sudah, di mana para petugas Pakatan Rakyat sering diingatkan bahawa mereka perlu berkempen secara berhemah dengan orang-orang kampung, lebih-lebih lagi orang Umno, kerana mereka ini adalah orang kampung kita, satu suku, satu waris, saudara se Islam.

Pada sebelah siangnya tadi telah diadakan ceramah penerangan Umno berhampiran Markas PAS di DUN Kota. Khairy Jamaluddin dalam ceramahnya memberitahu dia amat yakin Umno boleh menang bergaya di DUN Kota, sebab itu dia banyak tertumpu kempen di DUN Paroi. Ezam Mohd Nor juga hadir memberi ceramah, dia mengatakan ada banyak lagi rahsia Anwar akan didedahkan selepas ini bila dia ceramah di Pulau Pinang nanti.

PAS Pusat dan PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan sasaran untuk memenangi DUN Kota dalam PRU-13 ini. Sekiranya PAS menang di DUN Kota ini dalam PRU-13 ini, insyaAllah, ianya semua adalah kerja Allah, dengan izin Allah semata-mata.

Gotong Royong, Turun Padang, Ceramah DUN Kota 1 Mei 2013

Sambutan Hari Pekerja Peringkat DUN Kota

Aturcara :

8 pg – 11 pg ; Gotong Royong Tanah Perkuburan Kg Padang Lebar, Selemak

10 pg – 12 tgh ; Khidmat Kesihatan Percuma di Kg Padang Lebar

10 pg – 4 ptg ; Turun padang bertemu penduduk kampung di Kg Chengkau Ulu, Kg Batang Nyamur, Kg Gadong, Kg Seberang Paya, Kg Tanjung

9.30 mlm ; Ceramah Kelompok di Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu (Rumah Undang Rembau ke 19)

Isnin, 29 April 2013

Calon PAS DUN Kota sampaikan sumbangan kepada pesakit jantung




Rembau 29 Apr 2013 – Calon PAS DUN Kota , Hj Ghazali Mohd Shom hari ini telah menziarahi
Puan Noriah bt Daud di rumahnya di Kg Titian Akar, Lubok China, Rembau dan menghulurkan sumbangan dari Tabung Kemiskinan Harakah berjumlah RM2,000.

Puan Noriah seorang surirumah sepenuh mempunyai masalah jantung yang memerlukan pembedahan dan rawatan susulan.

Suami beliau Abdullah bin Abu Shan hanya bekerja sebagai buruh kasar di sebuah syarikat swasta.

Ahad, 28 April 2013

Jamuan Rakyat 3 Mei 2013 di Rembau




JAMUAN RAKYAT
Tarikh : 3 Mei 2013
Hari : Jumaat
Masa : 8:30 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Batu (DUN Kota), Rembau

Semua dijemput hadir

CERAMAH KELOMPOK

CERAMAH KELOMPOK
Tarikh : 29 Apr 2013 , Isnin
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau
Penceramah :
Hj Ghazali Mohd Shom, calon PAS DUN Kota
Hj Radzali A Ghani, calon PKR Parlimen Rembau
Pimpinan Pakatan Rakyat setempat

Semua dijemput hadir

Kehadiran Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan di ceramah DUN Kota mengejutkan







Rembau 28 Apr 2013 – Kehadiran secara terbuka seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang begitu dihormati dan disegani di kalangan ahli Majlis Fatwa yang lain dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kg Nerasau, Kota amat mengejutkan bukan sahaja para hadirin malahan calon PKR Parlimen Rembau. Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Dato adalah merupakan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan bersama dan beramah mesra dengan calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Bukan setakat kehadiran ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat mengejutkan para hadiri, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan Rakyat berjaya diadakah di kampung ini.

Antara yang hadir dalam majlis malam tadi ialah Hj Radzali A Ghani (calon PKR Parlimen Rembau), Hj Ghazali Mohd Shom (calon PAS DUN Kota), Puan Zarina (Naib Ketua Muslimat PAS Puchong), Al Fadil Ustaz Mustafa Dolah (Naib Ketua Dewan Ulamak N.Sembilan), Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau), Azhar Ibrahim (bekas calon PAS DUN Kota PRU12), Puan Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau) dan Hakki Bawadi (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan PKR selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu. Berita dan gambar kehadiran pendakwah yang terkenal tersebut sebelum ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/pendakwah-terkenal-pada-hari-penamaan.html

Sabtu, 27 April 2013

Kenduri Rakyat bersama Azmil Mustapha 2 Mei 2013 di Rembau


MAJLIS KENDURI RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 2 Mei 2013, Khamis
Masa : 8 mlm
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Sawah Raja, Kota, Rembau
Tetamu Istimewa dan Penceramah : Tn Hj Azmil Mustapha
Turut bersama :
Hj Radzali A. Ghani, calon PKR Parlimen Rembau
Hj Ghazali Mohd Shom, calon PAS DUN Kota
Pimpinan Pakatan Rakyat setempat

Semua dijemput hadir

MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH KELOMPOK


Majlis Minum Petang bersama calon PAS/PKR DUN Kota, Parlimen Rembau
Tarikh : 28 Apr 2013, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Titian Bintangor, Lubok China, Rembau
Semua dijemput hadir

Ceramah Kelompok bersama calon PAS/PKR DUN Kota, Parlimen Rembau
Tarikh : 28 Apr 2013, Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Nerasau, Kota, Rembau
Semua dijemput hadir

Jumaat, 26 April 2013

Majlis Minum Petang dan Ceramah DUN Kota 27 Apr 2013


MAJLIS MINUM PETANG
Bersama calon PAS DUN Kota dan calon PKR Parlimen Rembau
Tarikh : 27 April 2013, Sabtu
Masa : 5 ptg
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Selemak (depan Sek Keb Salak Nama)

CERAMAH KELOMPOK
Tarikh : 27 April 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : UPU Kg Chengkau Ulu
Penceramah :
Hj Radzali A. Ghani, Calon PKR Parlimen Rembau
Hj Ghazali Mohd Shom, Calon PAS DUN Kota
Pimpinan Pakatan Rakyat setempat

Semua dijemput hadir

Petugas PAS DUN Kota teliti daftar pemilih pengundi awal




Petugas pilihanraya PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) kini sedang meneliti senarai pengundi awal yang dibekalkan oleh SPR. Untuk DUN Kota sahaja terdapat seramai 185 orang petugas SPR yang boleh mengundi awal.

Semua 185 petugas SPR ini nama mereka ada pada buku daftar pengundi. Semua petugas PAS di tempat mengundi telah diberi senarai semua 185 petugas SPR ini untuk mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku semasa hari pengundian umum pada 5 Mei 2013 nanti.

Khamis, 25 April 2013

Majlis Solat Hajat dan Ceramah DUN Kota 26 Apr 2013



MAJLIS SOLAT HAJAT DAN TAZKIRAH
Tarikh : 26 April 2013, Jumaat
Masa : 7 mlm
Tempat : Pasti Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau
Solat hajat dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Hj Mustafa Dolah, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan


CERAMAH KELOMPOK
Tarikh : 26 April 2013, Jumaat
Masa : 9.30 mlm
Tempat : UPU Kg Pulau Mampat, Chengkau
Penceramah : Hj Ghazali Mohd Shom, Calon PAS DUN Kota dan pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Semua dijemput hadir

Rabu, 24 April 2013

Penduduk di Rembau tidak puas hati isu pampasan tanah




Antara isu utama yang menyebabkan ramai pengundi di DUN Chembong dan DUN Kota tidak puas hati terhadap kerajaan sebelum ini ialah isu pampasan tanah. Mereka membandingkan pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk beberapa projek terlalu murah sehingga RM1.20 sekaki (RM52,272 seekar) sedangkan kerajaan Negeri Sembilan pula menawarkan harga yang terlalu mahal untuk tapak hospital Rembau iaitu RM22 sekaki (RM958,320 seekar).

Telah banyak tanah adat, tanah penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk projek landasan kereta api berkembar, projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja,  projek skim bekalan air di Titian Bintangor dan projek laluan paip gas.

Justeru itu penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota mengharapkan calon-calon PAS yang bertanding di kawasan ini mempertahankan hak penduduk kampung dengan memberi pampasan tanah yang setimpal untuk projek-projek pembangunan yang dirancang pada masa hadapan sekiranya mereka terpilih menjadi wakil rakyat nanti.

Maklumat lanjut isi pampasan tanah penduduk Rembau ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/penduduk-di-rembau-tidak-puas-hati-isu.html