PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 21 April 2013

PAS dan Umno bermaaf-maaf di DUN Kota


Rembau 21 Apr 2013 – Sehari sebelum hari pencalonan salah seorang Ketua Bilik Gerakan PAS di DUN Kota telah melaporkan kepada Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau bahawa beberapa hari sebelum itu Pengerusi JKKK di kampungnya yang sebelum ini pernah mengugutnya untuk menghalau dia keluar dari kampung, entah semena-mena tiba-tiba datang mencarinya untuk meminta maaf.

Sdr Rozmal memberitahu kepada Ketua Bilik Gerakan PAS tersebut bahawa itulah hasrat PAS sebenarnya, iaitu bermaaf-maafan. Menurut Sdr Rozmal lagi, sekiranya PAS dengan izin Allah berjaya memenangi DUN Kota dalam PRU-13 nanti, jawatan JKKK, Imam dan sebagainya akan dikekalkan. Yang penting JKKK, Imam dan sebagainya tadi melakukan tugas JKKK dan Imam dengan penuh amanah dan bertanggungjawab untuk kebaikan orang kampung dan ahli kariah setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan