PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 6 April 2013

PAS DUN Kota memuliakan para ulama setempat


Rembau 4 April 2013 – PAS DUN Kota hari ini telah melakukan ziarah di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Bongek Acheh, Rembau. Siri lawatan ini telah diketuai oleh Hj Ghazali Mohd Shom selaku Penyelaras PAS DUN Kota. Rombongan PAS DUN Kota telah menziarahi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff yang merupakan mudir madrasah ini.

Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff adalah merupakan cucu kepada ulama terkenal di Negeri Sembilan iaitu Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan, seorang ulama yang telah banyak berjasa di negeri ini.

Madrasah Islamiah Bongek ini telah didirikan pada tahun 1946. Ramai tokoh terkenal agama dan politik khususnya pimpinan PAS yang telah hadir ke madrasah ini antaranya Tuan Haji Ahmad Fuad, Profesor Zulkiefli Mohamad, Doktor Burhanudin Helmi dan Ustaz Mohd Fadhihalluah Suhaimi.

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota berharap agar institusi agama di daerah ini mendapat sokongan semua pihak agar ianya boleh memberi manafaat kepada semua masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan