PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 21 April 2013

Projek perumahan di DUN Kota, Rembau terbengkalai sudah 8 tahun







Apa sudah jadi dengan projek perumahan Desa Indah di Lubok China, Rembau yang terbengkalai sejak tahun 2005 lagi? Projek ini terletak di UPU Kg Titian Bintangor, dengan pengundi yang paling ramai di DUN Kota dalam Parlimen Rembau iaitu hampir 2,000 orang pengundi, majoriti besarnya adalah merupakan penyokong Umno.

**************
Projek rumah Desa Indah terbengkalai

REMBAU 9 Nov. 2008 - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah tiga tahun terbengkalai.

Sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.

Seorang pembeli lain, Anas Haiza Hamid, 28, memberitahu, sebanyak RM6,000 wang pendahuluan dibayar kepada pemaju untuk pembelian rumah kos rendah di projek perumahan tersebut.

Beliau berkata, jumlah itu agak besar kepadanya yang bekerja di sebuah kilang dekat Alor Gajah, Melaka dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

''Saya mengambil masa bertahun-tahun kumpulkan duit sebanyak RM6,000. Sudah tentu saya marah dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak pemaju," katanya.

**************
Rumah terbengkalai di Rembau punca pembiakan aedes

LUBOK CHINA – Penduduk di Rumah Rakyat Lubok China melahirkan kebimbangan mereka kemungkinan berlaku peningkatan kes demam denggi yang dikatakan berpunca daripada projek perumahan Desa Indah yang terbengkalai tidak jauh dengan kediaman mereka.

Rata-rata penduduk berkenaan meminta pihak berkuasa berbuat sesuatu dengan seberapa segera bagi mengatasi masalah tersebut yang boleh meragut nyawa mereka.

Mereka mendakwa rumah setingkat kos sederhana itu terbengkalai sejak 10 tahun lalu atas sebab-sebab tertentu yang tidak diketahui oleh pihak pemaju yang beralamat di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Kebimbangan mereka berasas apabila ramai penduduk dilaporkan telah disyaki menghidap demam denggi dan sehingga ini beberapa kes telah dilaporkan berlaku.

Seorang penduduk yang ditemui, Ngatimin Saru, 44, berkata, rumah terbengkalai ini kebanyakannya sudah mempunyai pembeli dan ada yang sudah membayar deposit dan terpaksa membayar pinjaman bank yang dibuat bagi membeli rumah berharga lebih RM60,000 itu.

Namun pihak pemaju gagal menyiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan sehingga kini rumah tersebut masih lagi terbengkalai. Pembeli rumah cuba menghubungi pemaju tetapi gagal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan