PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 31 Mei 2017

Bantuan membaiki atap rumah yang bocor ketika hujan



Semasa menyampaikan bantuan sumbangan Ramadan di rumah warga emas yang uzur ini pada 5 Ramadan 1438 di Kg Titian Akar, Lubok Cina, Rembau dalam keadaan hujan, didapati bahagian dalam rumah hujan mencurah-curah turun kerana bahagian penyambung atapnya bocor. Warga emas ini pula tinggal dengan anak lelakinya yang kurang penglihatan. Anggaran kos membaiki atap sekitar RM350. Mereka yang ingin membantu keluarga ini sila hubungi Tn Hj Ishak Hj Omar 0123494041 atau Rozmal 0122267406





Sumbangan Ramadhan 1438 sekitar Rembau



PAS DUN Kota telah menghulurkan bantuan sumbangan Ramadan kepada 13 keluarga asnaf sekitar Rembau di Kg Bangsal Atap, Kg Nerambai, Kg Titian Bintangor, Kg Titian Akar dan Kg Penajih pada 5 Ramadan 1438. Sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Ishak Omar dan Pn Azamah.















Isnin, 29 Mei 2017

Edaran di Bazar Ramadan Pekan Kota



Tn Hj Ishak Omar, Azmil serta beberapa petugas mengedarkan buah kurma serta taqwim Ramadan sekitar Bazar Ramadan di Pekan Kota pada 3 Ramadan 1438









Edaran di Bazar Ramadan Pekan Chengkau



Tn Hj Ishak Omar, Azmil serta beberapa petugas mengedarkan buah kurma serta taqwim Ramadan sekitar Bazar Ramadan di Pekan Chengkau pada 3 Ramadan 1438











Ahad, 28 Mei 2017

Misi agihan sumbangan kepada 15 keluarga asnaf



Misi agihan sumbangan kepada 15 keluarga asnaf pada 1 Ramadhan 1438 anjuran PAS DUN Kota disampaikan oleh Tn Hj Ishak Omar serta Pn Azamah sekitar Kg Semerbok, Kg Padang, Astana Raja, Kota, Rembau.

Mereka yang ingin menyumbang untuk agihan sumbangan Ramadhan kepada keluarga yang memerlukan, sila hubungi Hj Ishak 0123494041 atau Hj Rozmal 0122267406