PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 28 Jun 2015

Edaran Sumbangan Ramadhan 28 Jun 2015

Edaran Sumbangan Ramadhan 28 Jun 2015 oleh petugas PAS DUN Kota di Kg Penajih, Rembau





Bantu baiki pintu rumah penduduk PPR Legong Ulu


Ketika Pengarah PAS DUN Kota, Tuan Hj Ishak Omar mengagihkan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun 2015 di penempatan penduduk termiskin sekitar Kg Legong Ulu, Rembau, terlihat keadaan rumah salah seorang penghuni yang agak daif dimana pintu dapurnya sudah pun roboh.

InsyaALLAH , PAS DUN Kota akan membantu keluarga ini menukar pintu rumah tersebut.

"Eratkan Ukhuwwah, Menuju Kejayaan"

Sabtu, 27 Jun 2015

Agihan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun 2015

Agihan sumbangan Ramadhan pada 27 Jun 2015 oleh petugas PAS DUN Kota, Hj Ishak, Hj Nasir, Sdr Izamri dan Sdr Azmil di Kg Bintongan, Kg Selemak, Kg Legong Ulu, PPR Legong, Kg Gadong.






Majlis berbuka puasa di Surau Kg Chenong

Majlis berbuka puasa di Surau Kg Chenong, Chengkau pada 27 Jun 2015.



Rabu, 24 Jun 2015

TAQWIM RAMADHAN PAS REMBAU



TAQWIM RAMADHAN PAS REMBAU

* Rabu 24 Jun, Iftar PAS Cawangan Tmn Pinggiran Senawang
* Khamis 25 Jun, Iftar PAS Cawangan Bandar Seremban Selatan
* Sabtu 27 Jun, 1 tgh, Edaran Sumbangan Dapur Ramadhan, kumpul di Masjid Pekan Kota
* Sabtu 27 Jun, Iftar PAS DUN Kota
* Jumaat 3 Julai, Iftar di PASTI Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar
* Sabtu 4 Julai, Iftar PASTI, Pemuda dan Muslimat Rembau di PASTI Apt Seroja
* Isnin 6 Julai, Iftar dan Jualan Amal Nasi Ayam DUN Paroi di PASTI Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar
* Selasa 7 Julai, Iftar dan Jualan Amal Nasi Ayam DUN Paroi di Pusat Khidmat Tmn Tasik Jaya
* Rabu 8 Julai, Iftar dan Jualan Amal Nasi Ayam DUN Paroi di PASTI Amal, Tmn Marida
* Sabtu 11 Julai, Iftar Perdana PAS Rembau dan Dewan Ulamak di Teratak Amal, Kg Sg Layang, Rembau
* Sabtu 11 Julai , Iktikaf Perdana Pemuda, PAS Rembau dan Dewan Ulamak di Masjid Jamek An Nur, pekan Rembau
* Ahad 12 Julai, Iftar DMPKR di Dewan Aspirasi, Lavender Height

Sabtu, 20 Jun 2015

Tiada mesin ATM di DUN Kota, Rembau, N.Sembilan


Beberapa penduduk di DUN Kota, Rembau, Negeri Sembilan menyatakan kesusahan untuk mereka mengeluarkan wang melalui Mesin Pengeluaran Wang Automatik atau ATM kerana tidak terdapat sebarang mesin ATM di sekitar ini. Penduduk di sini samada perlu pergi ke pekan Rembau, pekan Tampin atau pekan Lubok China, Melaka untuk mendapatkan wang melalui ATM.

Walau pun pekan Kota terletak di laluan utama Seremban ke selatan seperti Melaka, Tampin, Gemas dan Gemencheh namun ketiadaan mesin ATM amat mengecewakan penduduk di sini sedangkan Kota ini adalah antara tempat yang paling awal diterokai dalam sejarah Negeri Sembilan.

Perancangan PAS DUN Kota

InsyaALLAH PAS di DUN Kota, N.Sembilan hanya akan memberi tumpuan dalam perkara di bawah ini, tidak kepada persiapan pilihanraya ;

a. Tarbiah
b. Dakwah
c. Kebajikan
d. Memperkasakan PASTI
e. Mengetengah dan menyelesaikan masalah rakyat setempat

Program Sumbangan Infaq Ramadhan

Penerangan Program Sumbangan Infaq Ramadhan oleh Ustaz Abdul Hadi Md Isa di Surau Kg Perigi Batu, Penajih, Rembau selepas solat tarawih pada 18 Jun 2015.


Ahad, 14 Jun 2015

Status Hospital Rembau


Atas permintaan penduduk, Pemuda PAS Rembau cuba menyiasat status pembinaan Hospital Rembau yang telah dimulakan dari 9 September 2013 dan dijangka siap pada 8 September 2016. Dari tinjauan kami di tapak projek, hanya kelihatan beberapa blok bangunan, tapak konkrit bercerucuk serta sebilangan kecil jentera yang tidak bergerak. Apakah punca sebenar Hospital Rembau lewat disiapkan?

Daripada papan tanda yang dipaparkan di hadapan tapak projek, SEIE Engineering Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama. Kami terus membuat semakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). Kami mendapat tahu syarikat tersebut dan pengarah-pengarahnya telah dibicarakan di Mahkamah Kemaman dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 165 (4) Akta Syarikat 1965 kerana tidak menyerahkan Penyata Tahunan bagi tahun 2012, 2013 & 2014 kepada SSM.

Syarikat yang berpengkalan di Kemaman, Terengganu itu bermula dari syarikat pemasangan sistem elektrik untuk projek infrastruktur awam dan kontraktor sistem elektrik dan instrumen projek minyak dan gas. Hasil dari carian maklumat tender JKR, kami mendapati pengalaman syarikat dalam membina bangunan hospital hanya terhad kepada pembinaan Klinik Kesihatan Bahau dan Klinik Kesihatan Tanjung Kling, Melaka yang kedua-duanya bernilai RM 21.5 juta.

Yang menjadi persoalan kepada kami bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang dengan latar belakang syarikat yang kurang berpengalaman dalam industri kesihatan malah gagal dalam disiplin kewangan? Jawapannya mungkin ada pada Menteri Kesihatan, Menteri Besar atau mungkin pada Pengarah syarikat, Shahabudin bin Maideen. Beliau pernah dilantik sebagai AJK UMNO Bahagian Kemaman.

Kami mohon YAB Menteri Besar perjelaskan status terkini Hospital Rembau, dan apakah usaha kerajaan untuk mempercepatkan urusan pembinaannya. Diharap urusan pesakit-pesakit di daerah Rembau dari kalangan warga tua, wanita, lelaki dan kanak-kanak dipermudahkan. Tidak perlu lagi ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang padat atau berulang ke Hospital Tampin.

Kami masih menanti. Mereka juga menanti.

Rabu, 10 Jun 2015

KHIDMAT RAWATAN ALTERNATIF PERCUMA



KHIDMAT RAWATAN ALTERNATIF PERCUMA
Tarikh : 14 Jun 2015 (Ahad)
Tempat : Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau
Oleh : Ustaz Abd Hadi Md Isa
Masa : 8.30 pagi - 12 tgh

Semua dijemput hadir


Isnin, 8 Jun 2015

Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan

Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan
Di Tanah Perkuburan Kg Penajis, Rembau
Pada hari Ahad 14 Jun 2015
Bermula jam 8 pagi
Semua dijemput hadir

Sekitar Program Gotong Royong di DUN Kota

Sekitar program gotong royong membersih surau dan tanah perkuburan di Kg Tiga Nenek dan Kg Pulau Besar pada 6 dan 7 Jun 2015






Sains umum 
kenaikan tarif air

Kenaikan tarif air untuk komersial dan industri secara tidak langsung akan meningkatkan kos operasi yang akan menyebabkan kenaikan kos perkhidmatan dan harga barangan yang akan ditanggung oleh pengguna atau rakyat.



Sains umum 
kenaikan tarif air
9 Jun 2015

REMBAU 8 Jun - Berkuat kuasa 1 Mei lalu, kadar tarif air bagi kegunaan untuk komersial, industri telah dinaikkan antara 35 sen hingga RM1.10 dan kadar rata sebanyak 40 sen bagi bangunan kerajaan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, bagi jenis pengunaan perdagangan dan perindustrian kadar baharu yang dikenakan bagi penggunaan air dari sifar hingga 35 meter padu adalah sebanyak RM1.85 berbanding tarif lama sebanyak RM1.50.

Sementara itu, bagi penggunaan melebihi 35 meter padu pula dikenakan sebanyak RM2.70 berbanding tarif lama sebanyak RM1.60.

“Bagi bangunan kerajaan, institusi kerajaan, institusi berkanun dan bangunan badan berkanun pula, kadar baharu yang dikenakan adalah sebanyak RM1.40 berbanding kadar lama sebanyak 60 sen.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Merasmikan Jajaran Baru Bekalan Air dari Loji Rawatan Air Sawah Raja ke Rembau dan Penyampaian Sumbangan Sempena Sambutan Ramadan di Astana Raja dekat sini hari ini.

Mohamad juga pada masa sama menegaskan tidak ada kenaikan tarif bagi pengguna domestik yang merupakan 70 peratus daripada lebih 288,000 pengguna di negeri ini selain mengumumkan penamatan pengambilan air terawat sebanyak dua juta gelen sehari dari Melaka sejak 1 Mei lalu.