PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 25 Julai 2016

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS DUN KOTA



MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS DUN KOTA
Ahad 31 Julai 2016
di Markas PAS Cawangan Pekan Kota (sebelah Pejabat Pos)
Masa : 11 pg - 3 ptg

Semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Ishak Omar 0123494041


Selasa, 19 Julai 2016

Tragis: Dua beranak maut digilis treler



Tragis: Dua beranak maut digilis treler
18 Julai 2016

REMBAU – Dua beranak maut dalam keadaan menyayat hati dan tragis apabila digilis treler di persimpangan lampu isyarat Kendong Alor Gajah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu, mangsa, Muhammad Shaiful Zulkepli, 34, yang beralamat di Kampung Tanjong, Gadong dan anak perempuannya berusia empat tahun maut di tempat kejadian.

Keadaan dua beranak yang maut digilis tayar lori treler di persimpangan lampu isyarat Kendong Alor Gajah, di sini, petang tadi.

Sementara isterinya pula, Nor Adlina Hassan, 30, cedera di kepala akibat jatuh dihantar ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori treler tanpa muatan dan juga motorsikal jenis Honda Wave dinaiki tiga beranak.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian di susur masuk ke Alor Gajah iaitu di lampu isyarat Kendong, kedua-dua buah kenderaan telah bergesel semasa lori treler berkenaan membelok ke Alor Gajah, sementara mangsa pula mahu meneruskan perjalanan ke arah Rembau.




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Ahad 24 Julai 2016
di Pasti Hidayah, Apt. Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
Masa : 11pg - 2ptg
Bersama tetamu undangan : Shamsul Ghau Ghau & Angah Salleh (bekas DJ Radio M'sia N9)

Semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Nazri Zainal 0199103431



Khamis, 14 Julai 2016

‘Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat pokok’



‘Susah pinggirkan PAS yang ada penyokong sanggup panjat pokok’
FMT  July 15, 2016


PETALING JAYA: Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan PAS, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata demikian kerana hingga ke saat ini, PAS mempunyai penyokong komited dan tegar.

“Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.

“Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong PAS dan mereka tidak lakukan itu demi wang,” katanya.

Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan PAS, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.

“Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu membawa perubahan dalam PRU14.

“Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14. Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.

“Masa terlalu suntuk, dan selagi PAS berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang,” katanya.