PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 19 Julai 2016

Tragis: Dua beranak maut digilis treler



Tragis: Dua beranak maut digilis treler
18 Julai 2016

REMBAU – Dua beranak maut dalam keadaan menyayat hati dan tragis apabila digilis treler di persimpangan lampu isyarat Kendong Alor Gajah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu, mangsa, Muhammad Shaiful Zulkepli, 34, yang beralamat di Kampung Tanjong, Gadong dan anak perempuannya berusia empat tahun maut di tempat kejadian.

Keadaan dua beranak yang maut digilis tayar lori treler di persimpangan lampu isyarat Kendong Alor Gajah, di sini, petang tadi.

Sementara isterinya pula, Nor Adlina Hassan, 30, cedera di kepala akibat jatuh dihantar ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori treler tanpa muatan dan juga motorsikal jenis Honda Wave dinaiki tiga beranak.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian di susur masuk ke Alor Gajah iaitu di lampu isyarat Kendong, kedua-dua buah kenderaan telah bergesel semasa lori treler berkenaan membelok ke Alor Gajah, sementara mangsa pula mahu meneruskan perjalanan ke arah Rembau.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan