PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Sabtu, 26 Julai 2014

Sekeping gambar, seribu kata-kata, kehidupan sebenar rakyat di Rembau







Kota 26 Julai 2014 – Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan diperhebatkan lagi dengan pemberian sumbangan terus kepada mereka yang memerlukan di Kg Pulau, Rembau. Antaranya seorang nenek yang amat uzur, walau bagaimanapun mulut sentiasa bergerak-gerak berzikir.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan, Sdr Izamri bin Med.

Terima kasih kepada para penyumbang dan petugas.

PAS DUN Kota, Rembau terus hulurkan sumbangan di akhir Ramadhan



Kota 26 Julai 2014 – PAS DUN Kota, Rembau hari ini terus menjejaki keluarga yang memerlukan bantuan. Hasil sumbangan orang ramai ini disampaikan kepada keluarga yang memerlukan di Selemak, Pulau Mampat dan Semerbok dengan kerjasama Jabatan Amal Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan, Sdr Izamri bin Med.

Terima kasih kepada semua para penyumbang dan petugas yang menjayakan Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan ini, semoga ianya berterusan sepanjang tahun.

Selasa, 22 Julai 2014

Jabatan Amal N.Sembilan jayakan Jejak Ukhuwwah Ramadhan


Selasa 22 Julai 2014 – Sdr Izamri bin Med selaku Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan hari ini menyerahkan sumbangan Jejak Ukhuwwah Ramadhan di UPU Kg Legong Ulu, Kota, Rembau dalam satu majlis iftar untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan tersebut.

Ahad, 20 Julai 2014

Jejak Ukhuwwah Ramadan

Petugas PAS DUN Kota, Rembau sedang mengagihkan sumbangan Jejak Ukhuwwah Ramadan, 20 Julai 2014


PAS DUN Kota raikan pelajar-pelajar Madrasah

Bongek 19 Julai 2014 – PAS DUN Kota (Rembau) hari ini meraikan para pelajar madrasah dalam program majlis berbuka puasa. Pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.





Ahad, 13 Julai 2014

Sumbangan Untuk Madrasah/Pondok di Rembau sempena Ramadhan

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Madrasah/Pondok sempena Ramadhan ini untuk jamuan berbuka puasa para pelajar Madrasah/Pondok dan sebagainya sila salurkan ke akaun berikut ;

Madrasah Az-Zakirin
Akaun Bank CIMB 05020686246522
Hubungi Ustaz Zakaria Talib 019-2865129

Madrasah Islamiah Haji Ibrahim
Akaun CIMB 8601034069
Hubungi Ustaz Khairuddin Yusof 012-3752240

Majlis Berbuka Puasa DUN Kota dan Agihan Sumbangan Ramadhan


Majlis Berbuka Puasa DUN Kota dan Agihan Sumbangan Ramadhan
Tarikh : 19 Julai 2014, Sabtu
Masa : 6.30 ptg – 10.30 mlm
Tempat : Teratak AMAL, Kg Bongek, Rembau (sebelah Rumah Rakyat Sg Layang)
Hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Isnin, 7 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DUN KOTA


MAJLIS BERBUKA PUASA DUN KOTA
Tarikh : 19 Julai 2014, Sabtu
Tempat : Teratak Amal, Bongek, Rembau (sebelah Rumah Rakyat Sg Layang)
Aturcara :
- Agihan Sumbangan Kepada Keluarga Yang Memerlukan
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isya/Solat Tarawih
- Tazkirah

Semua dijemput hadir

Untuk serahan Sumbangan Ramadhan sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Rembau

Anjuran : PAS DUN Kota dan PAS Kawasan Rembau

Sabtu, 5 Julai 2014

Sumbangan Ramadhan DUN Kota, Rembau


Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan Ramadhan untuk DUN Kota, Rembau sila serahkan kepada ;
Sdr Azman bin Idris 019-6771495
Tn Hj Nasir 012-6920850
Tn Hj Harun 016-3092990

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8

PROMOSI KOMIK DAKWAH


Dapatkan Koleksi Komik Dakwah Siri “MUALLIM” Yang “ORI” terus daripada penerbit PUSTAKA ZAKIRIN.

Untuk tempahan sila hubungi :
Ustaz Zakaria Talib 019-2865129
Pustaka Zakirin, REMBAU

Pakej Aqiqah bersama Pelajar Sekolah Pondok Tradisional


Madrasah Az Zakirin di Rembau menyediakan perkhidmatan Aqiqah seekor kambing beserta jamuan bersama pelajar pondok Madrasah Az Zakirin pada kos RM1,650.

Perkhidmatan aqiqah ini juga disediakan sepanjang Ramadhan ini.

Mereka yang ingin menyertai Program Aqiqah ini sila hubungi 019-2865129 Ustaz Zakaria Talib, Madrasah Az Zakirin, Rembau.

Rabu, 2 Julai 2014

Kembara Agihan Sumbangan DUN Kota , Rembau




Kepada mereka yang ingin turut serta mengagihkan sumbangan untuk keluarga yang memerlukan dalam Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan di DUN Kota, sila berkumpul di Masjid Kg Batu, Rembau pada hari Ahad 6 Julai 2014 jam 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Nasir 012-6920850

Sumbangan untuk program ini boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8

Majlis Berbuka Puasa DUN Kota


Majlis Berbuka Puasa DUN Kota
Tarikh : 5 Julai 2014, Sabtu
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau
Aturcara :
- Agihan Sumbangan Kepada Keluarga Yang Memerlukan
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isya/Solat Tarawih
- Tazkirah

Semua dijemput hadir

Anjuran : Surau Darul Hikmah dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

Sumbangan Ramadan DUN Kota, Rembau

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan Ramadan untuk DUN Kota, Rembau sila serahkan kepada Tn Hj Nasir 012-6920850 atau Tn Hj Harun 016-3092990

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8