PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 24 Februari 2015

CERAMAH BULANAN




CERAMAH BULANAN
Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu 28 Feb 2015
Selepas solat Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Rabu, 11 Februari 2015

Lubang ancam nyawa penduduk




12 Februari 2015

REMBAU – Penduduk dan pengguna jalan raya di Pekan Kota, di sini, memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membaik pulih jalan mendap dan juga penutup longkang yang rosak sejak lebih setahun lalu.

Penduduk yang ditemui, Tee Kim Chong, 70, berkata, disebabkan masalah tersebut, seorang penunggang motosikal terjatuh di lokasi berkenaan dua minggu lalu.

"Keadaan jalan yang mendap dan tidak rata ini mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Kita tidak mahu keadaan sama berulang kembali sehingga mengorbankan nyawa orang tidak berdosa.

"Oleh itu, saya amat berharap supaya pihak terbabit segera membaik pulih kerosakan ini demi kebaikan dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya ketika ditemui di Pekan Kota, di sini, semalam.

Bagi Tai Kong San, 57, pula, kawasan berlubang itu terpaksa ditutup dengan pengadang plastik bagi mengelak orang ramai terjerlus ke dalam longkang tersebut.

“Bagi yang sudah biasa mereka sudah tahu terdapat lubang di sini dan boleh mengelak daripada melalui kawasan ini, namun bagi orang luar, saya bimbang tayar kereta mereka akan termasuk ke dalam lubang tersebut.

"Sudah lama keadaan ini berlaku tetapi sehingga sekarang ia masih belum dibaiki," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR), Zaidi Johari berkata, pihaknya akan meninjau lokasi aduan dimaksudkan dan mengambil tindakan susulan bagi mengatasi masalah itu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati, terdapat tiga lokasi jalan mendap dan berlubang serta satu penutup longkang yang telah rosak dan diletakkan pengadang plastik bagi mengelak orang ramai terjatuh ke dalamnya.