Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang
diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah
Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.
Tempat ini adalah tempat yang penuh bersejarah dimana tempat
ini ialah tempat pertabalan empat orang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
bermula dari Yamtuan Besar yang pertama iaitu Raja Melewar pada tahun 1721 H,
Raja Hitam 1 pada tahun 1795 H, Raja Lenggang Laut pada tahun 1808 H dan Raja
Labu atau Yamtuan Sati pada tahun 1826 H.
Menurut catatan Tun Seri Lanang ( tahun 1612), tempet ini
disebut sebagai Penajuh. Resende pada sekitar tahun 1638 menamakannya sebagai
Panagim. Bort, Gabenor Belanda di Melaka, dalam laporannya (tahun 1678) telah
menggunakan tiga variasi ejaan kepada nama sungai ini, iaitu Panagie, Pannage
dan Pannagie. Sungai Penajuh atau Panagim itu adalah nama sungai yang mengalir
dari pedalaman Rembau.
Kuala Penajuh atau Kuala Linggi adalah merupakan pintu masuk
peneroka Sumatera ke Rembau dan Naning sejak abad ke 12 sehingga abad ke 17.
Pada sekitar tahun 1830an, nama Penajuh atau Panagim telah kepada Linggi oleh
Kerajaan Inggeris.
Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang
bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai
mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota menyarankan agar nama
tempat ini ditukar ke Penajuh atau Penajeh agar ianya bersesuaian dengan
sejarah tempat ini sendiri.
HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota
Rujukan :
Menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj
yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota
atau orang yang dimahkotakan :
TAJ (tahzh)
Variations: Tajh, Taje, Tajeh, Tajee, Taji, Tahj
Origin: Sanskrit
Meaning: "crown"
Sungai yang berpunca di kawasan Rembau ini, sebelum abad
ke-18 telah diberi pelbagai nama. Tun Seri Lanang (1612), mungkin pencatat
pertama menyebutnya sebagai Penajuh (edisi Shellabear, 1954:202; cetakan semula
1955:183). Kemudian Eredia dalam peta lakar yang dilukisnya pada tahun 1613 dan
kemudian diikuti oleh Resende (sekitar tahun 1638) menamakannya sebagai Panagim
(Mills, 1930:109). Bort, Gabenor Belanda di Melaka, dalam laporannya (1678)
telah menggunakan tiga variasi ejaan kepada nama sungai ini, iaitu Panagie,
Pannage dan Pannagie (Mills, 1930:109). Sungai Penajuh atau Panagim itu adalah
nama sungai yang mengalir dari pedalaman Rembau.
Kuala Penajuh (Linggi)
- Pintu masuk peneroka Sumatera ke Rembau dan Naning sejak
abad ke 12 sehingga abad ke 17.
- Pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, tempat ini
merupakan pasar utara kerajaan Melayu Melaka.
- Sebelum abad ke 17, kawasan ini terletak di bawah
pentadbiran kerajaan Rembau.
- Pada tahun 1514, Portugis mendirikan kubu di atas bukit di
kawasan ini. Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Sepoi dan Fort Filipina
(zaman Belanda).
- Tempat ini ada tercatat dalam peta d’Eredia yang dilukis
dalam tahun 1613. Nama Penajuh dalam peta itu dicatatkan sebagai Panagim.
- Pada sekitar tahun 1830an, nama Penajuh atau Panagim telah
kepada Linggi oleh Kerajaan Inggeris.
Kampung Penajis - Nama asal kampung ini, Kampung Penajuh
mengikut nama penerokanya iaitu Datuk Najuh.
PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti
hingga tahun 1830. Penajis adalah sebuah
kampung dalam daerah Rembau. Penajis
juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama
Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada
menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka
di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan
yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh.
Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung Bandar Penajis
sekarang.
Gambar Masjid Kg Penajis http://magnificentpicture.blogspot.com/2009/01/masjid-kampung-penajis.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan