Antara isu utama yang menyebabkan ramai pengundi di DUN Chembong
dan DUN Kota tidak puas hati terhadap kerajaan sebelum ini ialah isu pampasan
tanah. Mereka membandingkan pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum
ini untuk beberapa projek terlalu murah sehingga RM1.20 sekaki (RM52,272
seekar) sedangkan kerajaan Negeri Sembilan pula menawarkan harga yang terlalu
mahal untuk tapak hospital Rembau iaitu RM22 sekaki (RM958,320 seekar).
Telah banyak tanah adat, tanah penduduk kampung di DUN
Chembong dan DUN Kota diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk projek landasan
kereta api berkembar, projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja, projek skim bekalan air di Titian Bintangor
dan projek laluan paip gas.
Justeru itu penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota
mengharapkan calon-calon PAS yang bertanding di kawasan ini mempertahankan hak
penduduk kampung dengan memberi pampasan tanah yang setimpal untuk
projek-projek pembangunan yang dirancang pada masa hadapan sekiranya mereka
terpilih menjadi wakil rakyat nanti.
Maklumat lanjut isi pampasan tanah penduduk Rembau ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/penduduk-di-rembau-tidak-puas-hati-isu.html
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam