PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 3 April 2013

Ceramah Kelompok UPU Semerbok bangkitkan isu tempatan




18 Feb 2013 – Ceramah kelompok yang diberikan oleh Sdr Sahrizal Masrudin selaku Pengerusi Suara Anak Muda Rembau di UPU Kg Semerbok di DUN Kota dalam Parlimen Rembau malam tadi telah membangkitkan banyak isu-isu tempatan yang menarik perhatian mereka yang hadir.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pampasan tanah adat yang tidak munasabah untuk tanah adat dan orang kampung di Rembau sekitar RM1-RM2 sekaki persegi atau sekitar RM50,000-RM100,000 seekar, berbanding dengan tanah untuk tapak hospital Rembau pada kadar RM22 sekaki persegi atau hampir RM1 juta seekar.

Memang memeranjatkan mereka yang mendengarnya terutama orang kampung di kawasan berhampiran seperti di Sawah Raja dan Titian Bintangor yang terlibat dengan projek empangan dan bekalan air, mereka yang di Penajis, Chengkau, Chenong, Astana Raja, Nerasau yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja juga mereka yang di Kg Gadong, Kg Jawa, beberapa tempat sekitar DUN Chembong yang terlibat dengan projek landasan keretapi berkembar.

Turut dibangkitkan ialah janji PRU-12 tahun 2008 iaitu pembinaan Hospital Rembau yang sehingga kini tender untuk mendirikan bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.

Disebabkan kesuntukan masa Sdr Sahrizal hanya sempat membicarakan sedikit mengenai isu cadangan pembinaan Kampus UiTM Rembau dan perkembangan Landasan Terbang di Batu Hampar, Rembau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan