Rembau 16 Apr 2013 – Kini semakin
ramai golongan belia anak tempatan tampil membantu jentera PAS di DUN
Kota. Malam tadi Markas PAS DUN Kota telah didatangi oleh sekumpulan
belia untuk membantu jentera PAS di DUN Kota membuat persiapan bagi
menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wb
BalasPadamSaya terpanggil untuk memberikan komen diatas kegagahan serta keteguhan PAS Dun Kota di dalam usahanya untuk meraih kejayaan demi menagih perubahan.
Syabas saya ucapkan !
Di dalam mana-mana perjuangan, mesti ada orang yang memulakannya. Anda semua di Dun Kota sedang mencatit sejarah sebagai pemula-pemula angin perubahan di Dun Kota.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Yang datang dengan mudah, takkan kekal. Yang datang akibat usaha yang kental dan daya yang gigih, insha allah akan berkekalan.
Teruskan wahai saudara-saudaraku perjuangan mu ! Jangan gentar pada kekalahan kerana jika kamu kalah bermakna kamu telah pun berusaha untuk berjaya !
Dan Allah bersama-sama dengan orang yang berusaha. Insha allah, bila tiba masanya, Dun Kota akan menjadi milik PAS dan seterusnya maju dan membangun dengan Islam - yakni cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat.
Amin ya Allah, rabbal alamin.
Wassalam
Mari kito pocahkan ruyung... baru la ado perubahan eh...
BalasPadam