PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 31 Mei 2016

Ceramah di Ambang Ramadhan



Sekitar Majlis Ceramah di Ambang Ramadhan oleh Ustaz Shahrul Azman Md Sani pada Isnin 30 Mei 2016 di al-Gontory, Rembau





Rabu, 25 Mei 2016

Jejak penyamun guna telefon



Jejak penyamun guna telefon
Sinar Harian
25 Mei 2016


REMBAU - Dua penyamun ditahan kira-kira enam jam selepas menceroboh sebuah rumah, setelah mangsa berjaya menjejaki suspek menerusi aplikasi Find my Iphone di Kampung Rendah, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, tujuh sekeluarga terbabit baru sahaja masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur dan hanya disedari oleh si ibu berusia 57 tahun sebaik bangun untuk menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Menurut sumber, dipercayai penyamun itu telah memecah masuk melalui pintu utama rumah dan mencuri lima telefon bimbit pelbagai jenama termasuk Iphone, seutas jam tangan serta wang tunai berjumlah kira-kira RM1,500.

“Malah, penyamun berkenaan juga sempat makan di dapur rumah mangsa sebelum meninggalkan rumah dipercayai bagi tujuan pukau.  Susulan insiden itu, keluarga terbabit mengalami kerugian kira-kira RM15,000.

“Sebaik menyedari rumah mereka dimasuki penyamun, anak lelaki mangsa bertindak kesan lokasi telefon bimbitnya jenis Iphone dan mengajak beberapa rakannya untuk menjejaki penyamun berkenaan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, hasil aplikasi itu berjaya membawa mangsa ke sebuah rumah tidak bernombor di kampung berdekatan dan mangsa segera menghubungi polis bagi meminta bantuan menangkap penyamun berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, bertindak berdasarkan maklumat mangsa, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Rembau, anggota balai Chembong dan Rembau berjaya menangkap dua lelaki dalam sebuah rumah.

Menurutnya, dua lelaki berusia 38 dan 32 tahun itu adalah penganggur dan polis turut menemui dalam rumah berkenaan pelbagai jenis telefon bimbit, barangan kemas serta lain-lain lagi dipercayai merupakan barangan curi.

“Ketujuh-tujuh barangan yang hilang dari rumah keluarga terbabit turut berjaya dijumpai dalam rumah berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 32 tahun dan berasal dari Seremban mempunyai empat rekod kesalahan lampau di mana dua daripadanya membabitkan kes pecah rumah, dan masing-masing satu bagi kesalahan menghalang penjawat awam serta berkaitan dadah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini ditahan reman.

Selasa, 24 Mei 2016

Program Sumbangan Kurma PAS Rembau



Program Sumbangan Kurma PAS Rembau untuk diedarkan ke Masjid, Surau, Sekolah Tahfiz, Madrasah, Keluarga Miskin sekitar Paroi, Chembong, Kota dan Rantau. Cuma RM10/balang. Sila hubungi Sdr Nazri Zainal 01120578408 atau salurkan sumbangan ke akaun : PAS Kawasan Rembau, Bank Islam 05012010073347


Isnin, 23 Mei 2016

Hadiah burger untuk penghuni di Rumah Anak Yatim



Sesiapa yang berhajat memberi jamuan burger untuk penghuni di Rumah Anak Yatim Peyakin di Taman Desa Permai, Kundur, Rembau bolehlah tempah dengan menghubungi Sdr Zaidy 01129770003 (melalui whatsapp sahaja, yg bertongkat dlm gambar). Terdapat 34 orang penghuni di Rumah Anak Yatim ini, manakala kos burger ialah RM2/bungkus. Penghantaran percuma.