PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 9 Mei 2016

Pasar Awam Kota sudah uzur



Pasar Awam Kota sudah uzur
9 Mei 2016


REMBAU – Sangat uzur. Itulah gambaran keadaan Pasar Awam Kota, di sini walaupun ia baru lebih 10 tahun didirikan.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati di kawasan berkenaan terdapat takungan air kotor serta berbau busuk berhampiran tong sampah pasar yang dipercayai sudah berlanjutan bertakung sejak beberapa bulan lalu.

Lebih menyedihkan, terdapat banyak siling premis tersebut jatuh, perabung rosak selain pasar berkenaan juga kini tidak mempunyai bekalan elektrik sejak beberapa bulan lalu.

Menurut peniaga, Tan Eng Yuun, 48, dia sudah 18 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan kerosakan mula berlaku sedikit demi sedikit sejak lebih dua tahun lalu.

“Bimbang juga kadang-kadang pelanggan yang datang ke pasar ini bawa anak-anak kecil. Takut-takut nanti siling jatuh hempap budak-budak.  Sebelum ada nyawa yang melayang saya harap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dapat ambil tindakan segera.

“Sekarang bila syiling jatuh saya angkat susun tepi. Tapi sudah banyak yang jatuh dan kini api (elektrik) pula tiada,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah berkenaan sudah sering diperbincangkan dalam mesyuarat JKKK dan diketengahkan kepada agensi berkaitan seperti Majlis Daerah Rembau (MDR) sejak lebih dua tahun lalu.

Menurutnya, pasar berkenaan menawarkan empat ruang meniaga dan kini hanya dua ruang niaga sahaja beroperasi iaitu bagi menjual sayur-sayuran dan juga ayam.

“Dua lagi unit kedai sudah rosak teruk dan berharap agar MDR akan mengambil langkah segera memperbaiki kerosakan memandangkan perkara berkenaan sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

“Malah, takungan air yang berpunca dari turapan tidak rata berkenaan juga berbahaya serta berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan