PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Jumaat, 27 November 2015

DISKUSI ISU SEMASA



DISKUSI ISU SEMASA
Bersama Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor, AJK PAS Pusat
Tarikh : 2 Dis 2015, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : No 2, Jln Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang (Rumah Tn Hj Jalil)

Semua dijemput hadir

Anjuran : Lajnah Penerangan PAS N.Sembilan

Khamis, 26 November 2015

Rayuan Dana Bantu Pelajar Miskin 2016




PAS Kawasan Rembau mensasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 500 orang pelajar miskin untuk sesi persekolahan yang akan dibuka pada Januari 2016 nanti. Pelajar-pelajar ini nanti akan diberi barangan peralatan sekolah mengikut keperluan yang pelajar samada baju sekolah, alatulis atau kasut dengan anggaran RM50 setiap orang pelajar.

Sasaran kutipan menjelang 15 Disember 2015 ialah sebanyak RM25,000.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam, PAS Kawasan Rembau, No akaun 05012010073347. Sila whatsapp atau sms ke 0122267406 selepas sumbangan dimasukkan ke dalam akaun.

Sumbangan baju sekolah terpakai, kasut sekolah terpakai, beg sekolah terpakai yang masih dalam keadaan yang baik, bersih, tidak lusuh atau koyak adalah dialu-alukan.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi ;
Hj Rozmal Malakan 0122267406
Pn Hjh Masita 0192655059

Ahad, 22 November 2015

Pembukaan Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Mangsa Banjir



Pembukaan Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Mangsa Banjir

Jabatan Amal Rembau akan membuka Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Mangsa Banjir di Pusat Aduan Rakyat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang bermula Sabtu, 28 November 2015. Waktu pengumpulan ialah dari jam 5 petang hingga jam 11 malam pada setiap hari.

Hanya barangan yang disenarai ini yang diterima untuk mengelakkan lambakan barangan yang tidak perlu serta memudahkan pengurusan, iaitu :

1. Makanan dalam tin
2. Biskut dalam tin
3. Lampin pakai buang bayi/dewasa
4. Tuala pakai buang wanita
5. T shirt dewasa sahaja yang tidak lusuh, bersih dan dilipat kemas
6. Kain pelikat/batik yang tidak lusuh, bersih dan dilipat kemas.

Untuk penghantaran sumbangan sila hubungi :
Zul 0173072965
Mislim 01118741156

Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai atau Baru



Pengumpulan Baju Sekolah dan Alatulis Terpakai atau Baru

Sebagai persiapan untuk membantu para pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk kembali ke sesi persekolahan baru tahun 2016, pihak kami menerima sumbangan baju sekolah terpakai yang masih dalam keadaan baik dan bersih atau yang baru.

Mereka yang ingin memberi sumbangan baju sekolah terpakai atau yang baru untuk pelajar lelaki atau perempuan, sekolah rendah atau sekolah menengah, sila pastikan pakaian tersebut dalam keadaan baik, tidak lusuh serta bersih dan dilipat kemas.

Kami juga mengalu-alukan alatulis terpakai atau yang baru yang masih elok seperti pen, pensil, alat geometri serta bekas alatulis dan sebagainya.

Barangan yang dikumpulkan ini akan diagihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan pada penghujung Disember 2015.

Mereka yang ingin menyumbang sila hubungi 0122267406 (Rozmal)

Sumbangan juga boleh dihantar atau diposkan ke :
TERATAK AMAL
Lot 1370, Kg Sg Layang
71300 Rembau
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U.P. : Rozmal bin Malakan)


Sabtu, 21 November 2015

Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Paroi berwajah baru

Jabatan Amal Rembau telah melakukan gotong royong di PAR (Pusat Aduan Rakyat) PAS DUN Paroi yang terletak di Taman Tasik Jaya, Senawang pada 21 November 2015. Terima kasih kepada semua petugas yang telah menjayakan program ini.


Jumaat, 20 November 2015

Sumbangan lampu solar



Tuan Hj Nasir menyampaikan sumbangan lampu solar kepada Encik Jamal yg mendiami pondok tanpa kemudahan elektrik di Chembong, Rembau


Majlis Meraikan Pelajar dan Guru PASTI Al Amin


Majlis Meraikan Pelajar dan Guru PASTI Al Amin pada 18 November 2015