PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 3 April 2013

PAS DUN Kota serlahkan Konsep Negara Berkebajikan










Rembau 31 Mac 2013 – Sempena program Jelajah Treler Negara Berkebajikan ke Negeri Sembilan , PAS DUN Kota telah mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan.

Menurut Hj Ghazali Mohd Shom selaku Penyelaras PAS DUN Kota antara program yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan, rawatan bekam, perkhidmatan gunting rambut untuk kanak-kanak serta tidak ketinggalan demonstrasi permainan roket air dan pengagihan pelancar roket air.

Kehadiran penduduk setempat dalam program berkenaan membuktikan Pakatan Rakyat khususnya PAS semakin mendapat perhatian masyarakat sekitar.

Turut hadir dalam program ini ialah Hj Mohamad Taufek Abd Ghani selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga merupakan bekas wakil rakyat DUN Paroi yang telah memberikan ucapan menerangkan konsep Negara Berkebajikan serta Manifesto Pakatan Rakyat.

Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Maskot Pakatan Rakyat Negeri Sembilan iaitu Maskot Rusa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan