PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 21 April 2013

Pakatan Rakyat berjaya tembusi kubu kuat Umno di Lubok China




Rembau 22 Apr 2013 – Kawasan mengundi UPU Kg Titian Bintangor di Lubok China sebelum tahun 2004 terletak di dalam DUN Linggi kawasan Parlimen Telok Kemang yang merupakan kawasan Menteri Besar ketika itu Tan Sri Isa Samad. Semasa persempadanan semula PRU-11 tahun 2004, kawasan ini diletakkan dalam DUN Kota kawasan Parlimen Rembau.

UPU Kg Titian Bintangor ini mempunyai bilangan pengundi yang paling ramai di DUN Kota iaitu hampir 2,000 orang. Sebelum ini kawasan ini tiada bilik gerakan Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan sejak dari dulu lagi.

Namun kini Pakatan Rakyat dalam PRU-13 telah berjaya menubuhkan bilik gerakan di tempat ini.

Antara yang hadir memberi ceramah pada malam tadi ialah Hj Ghazali Mohd Shom (calon PAS DUN Kota), Hj Radzali Ghani (calon PKR Parlimen Rembau), Al Fadhil Ustaz Mustafa Dolah (Naib Ketua Dewan Ulama N.Sembilan), Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau) , Norwani Ahmat (Ketua Muslimat PAS Rembau), Hakki Bawadi (Ketua Pemuda PAS Rembau) dan Sahrizal Masrudin (AJK Pemuda PAS Rembau).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan