PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 18 April 2013

Kebangkitan luar biasa rakyat di DUN Kota








Rembau 18 Apr 2013 – Walaupun DUN Kota dalam Parlimen Rembau , PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi DUN ini kerana jumlah majoriti BN yang menang sebelum ini hampir 4000 undi, namun kebangkitan rakyat di DUN Kota pada akhir-akhir adalah cukup luar biasa dan di luar jangkaan.

Ceramah yang diadakan di Bilik Gerakan Pekan Chengkau pada malam ini hanyalah ceramah kelompok, namun kehadiran pendengar dan penonton yang hadir adalah lebih ramai dari ceramah umum yang diadakan di sini sebelum ini. Walaupun penceramah yang hadir pada malam ini bukanlah ceramah terkenal peringkat pusat, namun ianya tidak menghalang penduduk setempat untuk mendengar isu-isu yang dikupas oleh pemimpin Pakatan Rakyat setempat.

Antara yang hadir memberikan ceramah ialah Imam Haji Hoslan Hussein yang merupakan graduan Penjara Kajang, Hj Ghazali Mohd Shom calon PAS DUN Kota, Hj Kamarul Ridzuan Mohd Zain calon PAS DUN Chembong, Yusuf Tapar – Pemangku Cabang PKR Rembau dan Rozmal Malakan – Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau.

Lebih menambahkan lagi semangat para hadiri ialah apabila kelihatan ramai anak-anak muda menjadi petugas di UPU Pekan Chengkau ini.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/19/2013

    alhamdulillah insya-Allah DUN Kota akan melakukan kejutan...amin amin amin

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4/21/2013

    Saya berharap agar Admin page ini dapat menjawab dan memberikan maklum balas kepada apa2 jua feedback dari umum. Semenjak dari page ni bukak ada komen dan sampai sekarang satu komen pun tak di jawabnya. Entry berbagai tapi tiada respon.
    Pada pendapat saya PAS boleh menang jika dia keluar dari PR. PR jelas dan nyata dimonopoli oleh orang lain. 21 April dlm berita TV3 Karpal singh dengan tegasnya berkata, walaupun PAS benarkan DAP guna logonya ini tidak bermakna DAP akan tukar pendirian berkenaan isu pembinaan negara ISLAM dan Hukum Hudud. Secara terang2an DAP tidak bersetuju dengan Motif asal tertubuhnya PAS. Datuk Seri Nik Aziz pernah berkata solat orang UMNO tidak dapat pahala sebab menolak ISLAM. Apakah yang terjadi sekiranya PAS bergabung dengan DAP yang secara terang2an dan berpendirian tetap menolak pembinaan negara ISLAM dan Hudud sepertimana yang dicita2kan oleh PAS selama ini. Say tidak nafikan PAs di kelantan pada suatu masa dahulu pernah menyebabkan bank2 mengadakan Institusi Kewangan ISLAM di Malaysia. Teruskan usaha itu, jangan berada di bawah telunjuk DAP. Keluar dari PR jadi PAS semula yang dahulu dihormati dengan gahnya oleh umat ISLAM. Takbir!!!!

    BalasPadam