PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 3 April 2013

Jentera Pakatan Rakyat DUN Kota bersedia hadapi PRU 13




12 Feb 2013 – Majlis Ceramah dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Pakatan Rakyat Kg Batu, DUN Kota, Rembau malam tadi telah disempurnakan oleh Ustaz Nor Azman bin Mohamad selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir ialah Sdr Yusuf Tapar selaku Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau, Sdr Rozmal Malakan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Tn Hj Kamarul sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS N.Sembilan serta Sdr Izamri Med selaku Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota.

Majlis telah dipengerusi oleh pemidato muda anak tempatan dari Kg Sawah Raja iaitu Sdr Sahrizal Masrudin.

Turut kelihatan ialah kelibat beberapa orang SB serta polis dari IPD Rembau yang merakamkan secara langsung ceramah malam tadi disamping menjaga ketenteraman awam.

Majlis telah berlangsung dalam suasana harmoni tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.

Sambutan pada malam tadi menunjukkan para petugas Pakatan Rakyat DUN Kota telah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Walaubagaimana pun Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota Sdr Izamri mengatakan pihaknya masih memerlukan ramai petugas serta dana kewangan untuk mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Kota dan Parlimen Rembau memandangkan DUN Kota mempunyai kawasan yang luas iaitu sebanyak 15 UPU serta memerlukan lonjakan undi yang banyak kerana pada PRU 12 pada tahun 2008 , PAS tidak menang dengan kekurangan hampir 4000 undi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan