Tanah Adat Perpatih Dibangunkan Sebagai
Kampung Tersusun
Pada 8 Mac 2013 yang lalu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan pembinaan 150 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah, Port Dickson di atas tanah seluas 6 hektar (14.8 ekar) yang dibeli pada harga RM2.5 juta.
Sehubungan dengan itu pihak kami menegaskan bahawa Projek
Perumahan Rakyat adalah amat diperlukan di DUN Kota. Ini adalah memandangkan
kos rumah dan tanah yang semakin tinggi di kawasan ini.
Beberapa projek perumahan baru di Rembau pada ketika ini
menawarkan harga sebanyak RM250,000 ke RM 318,000 untuk satu unit rumah teres 2
tingkat dan RM138,888 untuk rumah teres 1 tingkat.
Harga rumah yang semakin tinggi ini adalah amat menyukarkan
anak tempatan untuk membeli rumah terutama sekali mereka yang berpendapatan
rendah dan sederhana.
Daerah Rembau mempunyai banyak tanah adat yang terbiar.
Pihak kami berpendapat adalah lebih wajar tanah-tanah adat
yang terbiar ini dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat. Jika tanah untuk
Projek Perumahan Rakyat di Ladang Tanah Merah dibeli pada harga RM2.5 juta, ini
bermakna kos tanah untuk seekar ialah sekitar RM168,619 seekar atau RM3.87
sekaki persegi.
Harga RM168,619 seekar atau RM3.87 sekaki persegi adalah
jauh lebih tinggi dari harga tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk
pembinaan landasan keretapi berkembar iaitu sekitar RM1.20 ke RM2.80 sekaki
persegi atau sekitar RM52,272 ke RM121,968 seekar.
Pembangunan tanah adat untuk Projek Perumahan Rakyat akan
menjadi situasi menang-menang untuk semua pihak (win-win situation). Dimana
pemilik tanah adat yang terbiar akan mendapat pampasan yang setimpal dan dalam
pada masa yang sama rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana di DUN Kota
ini akan dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki.
Untuk menggalakkan lagi pembangunan tanah adat yang terbiar
ini untuk Projek Perumahan Rakyat, keutamaan membeli rumah ini haruslah
diberikan kepada pemilik asal tanah adat tersebut, waris-waris mereka yang
berpendatan rendah dan sederhana dan seterusnya untuk anak tempatan di DUN Kota
termasuk mereka yang bersemenda.
Pihak kami berkeyakinan pembangunan tanah adat yang terbiar
ini untuk Projek Perumahan Rakyat akan mendapat sokongan penuh oleh para
penduduk di DUN Kota.
HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota
Pemilik tanah boleh memilih untuk memohon skim rumah mesra rakyat yg pada byrn bulanannya sangat rendah antara 150-200/bulan ikut design. sy tgk byk dh rumah mesra rakyat dibangunkan di dlm kaw dun kota, cuba tgk di kaw ulu pari, chengkau, gadong n kaw2 sekitarnya... sy tidak sokong kalau tanah2 adat dijual, bnyk cara lain lg..
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=nqIoEsG5UvU&list=UUcydR6bmUM3WjDUyb2Eck0A&index=2
BalasPadam