Rembau 30 Apr 2013 – Tatkala AJK PAS
DUN Kota selesai bermesyuarat di Markas PAS DUN Kota malam tadi,
tiba-tiba datang beberapa orang pemuda yang muka mereka tidak pernah
dikenali sebelum ini. Mereka ini datang selepas menghadiri ceramah
Dato Seri Anwar Ibrahim di Chembong.
Ada bersama mereka ialah Ketua Bilik
Gerakan PAS dari sebuah kampung , berjiran dengan kampung Khairy
Jamaluddin di Gadong. Lalu diberitahu bahawa mereka ini adalah
merupakan pemuda-pemuda Umno di kampung berkenaan. Salah seorang
daripada mereka adalah merupakan Ketua Penerangan Umno cawangan
kampung berkenaan.
Agak terkejut juga barisan AJK PAS DUN
Kota dengan perkembangan terbaru ini, yang tidak pernah terfikir,
pemuda-pemuda Umno, lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran dengan
kampung Khairy Jamaluddin sanggup bersama PAS dan Pakatan Rakyat
sekarang ini.
Pendekatan kempen PAS dan Pakatan
Rakyat dalam PRU-13 kali ini di DUN Kota adalah amat berbeza sekali
dengan yang sudah-sudah, di mana para petugas Pakatan Rakyat sering
diingatkan bahawa mereka perlu berkempen secara berhemah dengan
orang-orang kampung, lebih-lebih lagi orang Umno, kerana mereka ini
adalah orang kampung kita, satu suku, satu waris, saudara se Islam.
Pada sebelah siangnya tadi telah
diadakan ceramah penerangan Umno berhampiran Markas PAS di DUN Kota.
Khairy Jamaluddin dalam ceramahnya memberitahu dia amat yakin Umno
boleh menang bergaya di DUN Kota, sebab itu dia banyak tertumpu
kempen di DUN Paroi. Ezam Mohd Nor juga hadir memberi ceramah, dia
mengatakan ada banyak lagi rahsia Anwar akan didedahkan selepas ini
bila dia ceramah di Pulau Pinang nanti.
PAS Pusat dan PAS Negeri Sembilan tidak
meletakkan sasaran untuk memenangi DUN Kota dalam PRU-13 ini.
Sekiranya PAS menang di DUN Kota ini dalam PRU-13 ini, insyaAllah,
ianya semua adalah kerja Allah, dengan izin Allah semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan