PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 11 April 2013

PAS perlu lipat gandakan usaha di DUN Kota




DUN N28 Kota dalam Parlimen sebelum PRU 11 tahun 2004, adalah di dalam Parlimen Tampin. Hanya pada PRU 11 barulah DUN Kota dimasukkan dalam Parlimen Rembau.

Semasa PRU 7 tahun 1986 calon BN (Ahmad Apandi Johan) dicabar oleh calon PAS (Abas Ahmad). Calon PAS telah tewas serta hilang deposit.

Semasa PRU 8 tahun 1990 calon BN (Ahmad Apandi Johan) dicabar oleh calon PAS (Shamsudin Dewa). Calon BN menang dengan majoriti besar sementara calon PAS hilang deposit.

Semasa PRU 9 tahun 1995 calon BN (Ahmad Apandi Johan) dicabar pula oleh calon PAS (Baharudin Ali). Sekali lagi calon PAS tewas, tetapi tidak hilang deposit.

Manakala semasa PRU 10 tahun 1999 calon BN (Zaharudin Mohd Sharif) dicabar oleh calon Parti Keadilan Nasional (Nasruddin Baba). Calon PKN tewas, akan tetapi mendapat 36.14% undi.

Manakala semasa PRU 11 tahun 2004, calon BN (Awaludin Said) dicabar oleh calon PAS (Zainal Jinin). Calon PAS tewas, dengan undi yang menurun ke 23.62%.

Pada PRU 12 pula tahun 2008, calon BN (Awaludin Said) dicabar oleh calon PAS (Azhar Ibrahim). Calon PAS tewas, dengan undi yang sedikit meningkat ke 29.80%.

Untuk memenangi DUN Kota, PAS perlu memperolehi lebih 50% undi, sedangkan pencapaian terbaik pencabar BN sebelum ini ialah pada tahun 1999 dengan 36.14% undi.

Oleh itu calon dan petugas PAS di DUN Kota perlu melipat gandakan usaha untuk menang di DUN Kota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan