Penjenayah arah ikat ibu, bapa
18 Ogos 2015
Rembau: “Saya hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi
kami sekeluarga. Pada masa sama, ibu menggigil ketakutan dan trauma,” kata
Norain Mazlan, 31, menceritakan mengenai rumah yang didiami mereka sekeluarga
dipecah masuk tiga penjenayah di Kampung Chenong, Chengkau, di sini semalam.
Kejadian berlaku jam 5 pagi apabila ketiga-tiga penjenayah
bersenjatakan parang dan bertopeng itu memecah masuk rumah yang didiami lima
sekeluarga sebelum mengikat dan mengurung mereka dalam sebuah bilik.
Menceritakan kejadian itu, Norain berkata, ketika itu dia
tidur dalam bilik bersama suaminya, Misran Adil, 31, dan anak perempuan mereka,
Nor Aisyah, 1, sebelum menyedari lampu bilik terbuka.
“Saya terjaga dan melihat dua lelaki bertopeng mengacu
parang ke arah kami tiga beranak. Dua daripada mereka (penjenayah) mengarahkan
kami supaya senyap jika tidak mahu dicederakan.
“Selepas itu, seorang lagi penjenayah menyuruh saya keluar
dan mengarahkan saya mengetuk bilik ibu bapa yang ketika itu berkunci. Sebelum
itu, mereka mengikat suami dan anak menggunakan dawai serta menyumbat mulut
dengan kain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan