PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Selasa, 5 September 2017

Rayuan sumbangan untuk saudara kita Rohingya


Rayuan sumbangan untuk saudara kita Rohingya

3 Sept 2017 - Kezaliman, kekejaman serta pembantaian yang menimpa Muslim Rohingya di Myanmar sudah sekian lama berlarutan sehingga ke hari ini. Anak-anak kecil tidak berpakaian dan kelaparan. Manakala golongan ibu hanya ada sehelai sepinggang sahaja. Keadaan mereka amat menyedihkan. Bukan itu sahaja, malah pelbagai kezaliman yang lebih dahsyat lagi diperlakukan ke atas mereka.

Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru saudara saudari, tuan puan yang dermawan bersama-sama menjayakan Misi Kebajikan dan Kemanusiaan serta 'Tabung Kecemasan Rohingya' .

Hulurkanlah walaupun sedikit demi umat Islam.

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat:
MAYBANK: 564025400711

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. 'Uyun 0193577502
Puan Zurina 0143069141
Saudari Zuriati 0192049434
Saudari Oyeen 0195902381


Tiada ulasan:

Catat Ulasan