Umno siap sedia pertahan Dun Paroi
23 Oktober 2016
SEREMBAN - Sebagai persiapan menghadapi PRU14, seluruh
jentera Umno di kawasan Dun Paroi sedang giat meningkatkan pendaftaran pengundi
baharu, khususnya dalam kalangan orang Melayu.
Adun Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid berkata, selain Umno,
Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), ahli jawatankuasa masjid dan surau serta persatuan penduduk turut
dikerah berbuat demikian bagi mengenal pasti mereka yang masih belum berdaftar
sebagai pemilih.
“Dalam tempoh 15 hari kita telah dapat daftar pengundi baru
seramai 686 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pengundi muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan