PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Rabu, 30 April 2014

Warga emas ditumbuk penyamun di Rembau


1 Mei 2014 – Seorang tukang masak berhadapan dengan detik mencemaskan apabila diterkam dua penyamun bertopeng dan ditumbuk di bahagian mata kanannya di pos pengawal sebuah kilang di Kota, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Rosidah Ali, 56, cuba mempertahankan beg berisi wang syarikat sebanyak RM3,000 dan wangnya sebanyak RM2,000 yang disandang di bahagian depan badannya.

Menurutnya, pengalaman diserang penyamun berkenaan baru pertama kali dihadapinya sepanjang 21 tahun dia bekerja di kilang berkenaan dan menjalani rutin setiap minggu menunggu pemandu lori untuk ke pasar borong di Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan