Jejak Kasih Ramadhan DUN Kota - Parlimen Rembau 17 Jun 2016.
Pengarah JPRD Kota, Hj Ishak Omar telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga
berikut :
1. Puan Munah bt Kadir ibu tunggal warga emas. Mengalami
stroke sejak 7 tahun lalu bergerak menggunakan kerusi roda. Tinggal bersama
anak lelaki Zulkifli b Lisot yg masih bujang. Zulkifli kerja kontrak dgn sebuah
syarikat pendawaian.
2. En Ahmad b Ijol duda warga emas. Kerja kampung. Sakit
kencing manis. Sekarang tidak boleh bergerak kerana kaki telah luka dan
bengkak. Menumpang tinggal di rumah adik perempuan di Kg Semerbok. Suami kepada
adiknya kerja kampung.
3. En Zulkifli b Ali Hasan. Mempunyai 7 orang tanggungan.
Kerja kampung. Isteri tidak bekerja. 5 anak sedang belajar. Tidak mampu
melakukan kerja berat kerana kecederaan lutut kanan.
4. Puan Zainab bt Harun ibu tunggal, anak dua. Tiada
pekerjaan bergantung dgn bantuan JKM RM400 sebulan dan sumbangan dari anak yg
baru bekerja. Seorang anak masih bersekolah. Tinggal di Kg Semerbok A
5. Puan Norcahaya bt Osman ibu tunggal kematian suami. Kerja
menjual kuih muih di gerai depan Klinik Astana Raja. Tanggungan 4 orang
termasuk seorang ibu yang uzur dan seorang anak dari bekas suami pertama.
6. Puan Saodah bt Hamzah kematian suami sejak 10 tahun lalu.
Mempunyai 11 orang anak. 5 orang telah berkahwin. Kini tinggal bersama dgn 5
orang anaknya. Seorang belajar di Institut Perguruan, seorang kerja di pasaraya
dan seorang lagi kerja di kantin sekolah. Seorang lepas SPM dan seorang lagi
Tingkatan 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan