PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Khamis, 17 Mac 2016

Guru terkejut rumah dipecah masuk



Guru terkejut rumah dipecah masuk
18 Mac 2016

REMBAU – Seorang guru yang baru balik dari bercuti terkejut apabila mendapati keadaan dalam rumahnya di Taman Seri Rembau, di sini berselerak dan terdapat kesan kunci mangga pintu belakang dipotong, pagi kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia awal 40-an dipercayai baru sahaja pulang dari Terengganu Ahad lalu dan bermalam di rumah ibunya tanpa terus pulang ke rumahnya itu.

Menurut sumber, mangsa kebiasaannya akan meninggalkan rumah dalam keadaan kosong dan pulang seminggu sekali bagi melihat keadaan rumahnya.

“Susulan kejadian pecah masuk ini, mangsa dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM5,400 apabila barangan seperti laptop, kamera DSLR, telefon bimbit, rantai tangan, tabung syiling dan wang tunai berjumlah RM300 lesap.

“Malah, pencuri berkenaan juga turut melarikan selipar jenama Adidas milik mangsa. Pencuri terbabit dipercayai masuk dengan memotong mangga gerigi besi di pintu belakang rumah mangsa dan mengumpil pintu berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian dan menyatakan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan