PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Ahad, 2 Julai 2017

‘Lalat banyak, kami dah tak tahan’

‘Lalat banyak, kami dah tak tahan’
30 Jun 2017



REMBAU – Keceriaan sambutan Aidilfitri buat penduduk di Kampung Kota Pulau di sini hilang, lantaran berhadapan dengan masalah ribuan lalat yang membelenggu mereka selama ini. Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati penduduk terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi mengurangkan kehadiran lalat dan mengeluarkan belanja lebih untuk keselesaan mereka.

Seorang penduduk, Baharin Shabudin, 67, berkata, dia menetap di kampung berkenaan sejak 2005 lagi dan sudah pun menghadapi masalah itu sejak lebih 10 tahun lalu.

“Mungkin sebab ada kebun sayur yang diusahakan berdekatan kampung ini. Jadi lalat terlalu banyak lebih-lebih lagi waktu baja ditabur.

 “Kalau masalah bau saja, kami 10 keluarga yang menetap di sini mungkin boleh bertolak-ansur. Tapi bila dah terlalu banyak sangat lalat itu yang kami tak tahan,” luahnya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kota Pulau, baru-baru ini.

Bagi Nor Aisyah Abdul Khadir, 30, dia amat berharap agar agensi berkaitan seperti jabatan pertanian dan juga jabatan kesihatan dapat memantau masalah lalat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dia sendiri terpaksa mengeluarkan belanja lebih bagi membeli pelekat lalat, racun serangga dan juga sabun pembasmi kuman.

“Bayangkan sehari saja pakai 10 pelekat lalat. Belum lagi berbotol-botol racun serangga tapi lalat masih juga banyak.

“Kalau musim perayaan atau kenduri-kendara lagilah teruk masalah lalat ni. Berebut pula lalat ni memenuhi semua bekas-bekas makanan walaupun ditutup rapi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan