Bangsal dapur hampir roboh
20 Jun 2017
REMBAU – 'Uwan menangis bila tengok tempat masak hampir
roboh," luah Johari Mohamad Amin, 76 yang bimbang apabila tebing sungai di
belakang rumahnya di Kampung Kota Pekan, di sini runtuh dan menyebabkan bangsal
dapurnya berisiko dihanyutkan arus deras.
Warga emas itu berkata, dia telah lama mendiami penempatan
berkenaan, namun kejadian tebing sungai runtuh baru pertama kali dialaminya dan
begitu membimbangkan.
Katanya, dia terkejut apabila diberitahu suaminya, Abdul
Khadir Manap, 81, bangsal dapur tempat mereka memasak sempena perayaan dan juga
kenduri hampir roboh.
"Wan cakap dengan anak-anak cepatlah buat aduan. Risau
bangsal ini dihanyutkan arus deras sekiranya hujan terlalu lebat.
“Sebelum ni tak pernah runtuh tapi tebing sungai ada mendap
sedikit. Pagi tadi mungkin sebab hujan
terlalu lebat terus tebing sungai ini runtuh dan tanah di tebing ini juga sudah
tidak kuat serta bahaya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan