Masuk waktu, dua masjid berkunci, solat di koridor
The Malay Mail Online
REMBAU, 5 Julai 2017 - Dua masjid kariah di daerah ini
berkunci pada waktu solat menyebabkan jemaah terpaksa melakukan ibadat itu di
koridor.
Rozmal Malakan, 52, berkata masalah itu perlu diatasi kerana
masjid harus terbuka menerima jemaah sekaligus diimarahkan pada waktu solat,
lapor Sinar Harian.
Penduduk kariah itu berharap masalah tesebut tidak berulang
kerana ada penduduk singgah ke masjid apabila masuk waktu solat.
“Kita faham sekiranya waktu selepas solat fardu berjemaah
masjid dikunci bagi mengelakkan kejadian kecurian.
“Namun pada masa masuknya waktu solat, masjid dikunci adalah
tak sesuai,” katanya.
Ada 42 masjid di daerah itu.
Rozmal mencadangkan beberapa sukarelawan setempat, khususnya
anak muda dilantik untuk memegang kunci masjid dan dibuka pada waktunya.
Facebook Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rembau menyatakan
siasatan akan dibuat dan jawatankuasa masjid akan dipanggil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan