PAS DUN KOTA

PAS DUN KOTA

Isnin, 31 Julai 2017

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2016
NEGERI SEMBILAN
19 Mei 2017


1. MAJLIS DAERAH REMBAU
Pembinaan dan Penyenggaraan Kemudahan Awam
-  Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Oktober 2016 mendapati bagi Majlis Daerah Rembau, pembinaan dan penyenggaraan kemudahan awamnya adalah kurang memuaskan kerana prestasi pembinaan kemudahan awam yang berjaya disiapkan mengikut jadual hanya 25%.

Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian seperti berikut:
i. PEMBINAAN KEMUDAHAN AWAM LEWAT DISIAPKAN BERBANDING TEMPOH SIAP ASAL;
ii. KEMUDAHAN AWAM YANG DIBINA TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI, LUKISAN KONTRAK DAN AMALAN KEJURUTERAAN TERBAIK;
iii. KERJA PENYENGGARAAN TIDAK MENGIKUT STANDARD PIAWAIAN UMUM;
iv. kemudahan awam yang rosak dan memerlukan penyenggaraan;
v. BAYARAN DIBUAT BAGI BARANGAN YANG TIDAK DIBEKALKAN;


2. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Pengurusan Sewa Beli Rumah Awam Harga Rendah dan Penyewaan Perumahan Rakyat

a. Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) menyediakan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar. Manakala Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPR) adalah perumahan jenis pangsa yang disewakan kepada golongan berpendapatan rendah yang layak.

Sehingga akhir tahun 2016, terdapat 125 projek RAHR yang mengandungi 10,824 unit rumah dan empat projek PPR yang mengandungi 1,144 unit rumah. Kesemua projek rumah di bawah skim RAHR dilaksanakan secara pinjaman sewa beli dan empat projek rumah pangsa di bawah skim sewaan PPR.

b. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2016 hingga Januari 2017 mendapati pengurusan sewa beli RAHR dan sewaan PPR adalah KURANG MEMUASKAN DARI SEGI PRESTASI KUTIPAN YANG TIDAK MENCAPAI SASARAN DITETAPKAN DAN KERJA PENYENGGARAAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MELIPUTI KESELURUHAN kawasan RAHR dan PPR.

Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:
i. kutipan sewa beli RAHR dan sewaan PPR tidak mencapai sasaran;
ii. tunggakan sewa PPR dan sewa beli RAHR meningkat;
iii. DEPOSIT YANG TELAH DIRAMPAS TIDAK DIAKAUNKAN SEBAGAI HASIL KERAJAAN;
iv. DOKUMEN HAK MILIK BELUM DIKELUARKAN BAGI PEMILIK RAHR YANG TELAH MENJELASKAN PINJAMAN SEWA BELI;
v. penyenggaraan dan pemantauan kawasan RAHR dan PPR tidak dilaksanakan secara menyeluruh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan